Wednesday, 21 August 2013

'Jika Berani Marilah' - PDRM

20110928empire25 Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A.Thaiveegan

Polis menjanjikan tindakan tegas terhadap ahli-ahli kumpulan, ekoran kejadian dinding di ibu pejabat polis di sini yang dirosakkan dengan grafiti simbol Geng 04.
Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A.Thaiveegan berkata polis tidak akan takut dengan tindakan itu, yang dilabelkan sebagai "kurang ajar". 
"Saya tidak fikir (grafitti) itu bertujuan mengancam. Ia hanya dilakukan oleh 'sampah masyarakat' yang tidak menghormati undang-undang. 
"Jika itu adalah satu cabaran, itu bukan cara untuk melakukannya. 
"Datang bertemu dengan Ketua Polis Daerah, dan kata 'Saya dari (kumpulan) 04. Jika mereka berani, marilah," kata Thaiveegan dalam sidang akhbar hari ini. 
Selain ibu pejabat polis Kuala Langat, nombor 04, simbol Swastika dan RIP (rehat dengan aman) didapati disembur pada 11 lokasi lain di Banting termasuk pondok polis dan bank di sini. 
Kejadian berlaku selepas lima yang dipercayai anggota Geng 04 ditembak mati di Pulau Pinang pada Isnin. 
Insiden itu telah membawa kepada bantahan daripada ibu bapa dan rakan-rakan ahli-ahli kumpulan dan juga beberapa ahli politik yang mendakwa polis bertindak "berlebih-lebihan" dalam melakukan tembakan. 
Thaiveegan menasihatkan ibu bapa supaya lebih rapat dengan anak-anak mereka dan membuat laporan jika mereka mengesyaki anak-anak mereka terlibat dalam kegiatan tidak baik. 
"Jika saya mempunyai seorang rakan yang saya tahu melakukan perkara tidak betul, saya akan cuba untuk membantunya atau membuat laporan. Sesetengah ibu bapa tidak tahu apa yang anak-anak mereka lakukan. 
"Mereka tidak tampil ke hadapan dan memberi kerjasama. Tetapi apabila konfrontasi dengan pihak polis berlaku, semua orang menjerit dan menimbulkan masalah. 
"Bulan lalu ramai mengadu tentang kejadian tembak dan bertanya apa yang polis lakukan. Jadi, apabila kita mengambil tindakan terhadap mereka yang disyaki, rakyat perlu memberikan polis sokongan. 
"Kami melakukan ini untuk melindungi masyarakat," katanya.
Gambar Gangster 04 Ugut Polis dan Sekitar Perarakan Pengebumian Penjenayah

Berita baik : CCRIS DiBatalkan



PTPTN-CCRIS

Cadangan untuk senaraikan peminjam PTPTN di bawah CCRIS dibatalkan. Berita baik untuk peminjam yang rajin bayar balik dan mereka yang malas bayar.

Dalam 3 hari 2 malam peminjam-peminjam PTPTN mesti tidur tak lena, makan tak lalu kan sejak-sejak cadangan untuk senaraikan peminjam PTPTN di bawah CCRIS dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menyatakan menerusi halaman facebook nya bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)  tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Khairy Jamaluddin CCRIS tak jadi

pastikan yang belum bayar itu bayar...bila tak disenaraikan dalam CCRIS jagan pula tak bayar. Kalau cadangan itu kembali balik susah nanti...so jangan lupa bayar yeh...

Ops Cantas....


Kuala Lumpur: Lebih 700 individu ditahan polis di beberapa negeri sepanjang Operasi Cantas Khas (Ops Cantas) yang dilancarkan Sabtu lalu kerana disyaki terbabit dalam pelbagai jenayah. 

Daripada jumlah itu, Polis Selangor menahan 683 individu termasuk 211 berusia antara 17 hingga 40 tahun yang direman kerana disyaki terbabit dalam pelbagai jenayah termasuk memiliki senjata dan dadah.
Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan, ketika ditemui pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam semalam, berkata operasi dijayakan menerusi sekatan jalan raya di seluruh Selangor dan memeriksa individu, kenderaan serta beberapa premis.


“Kami juga merampas pelbagai senjata berbahaya seperti parang, pisau, peralatan pecah rumah, selain beberapa kereta, motosikal dan wang tunai. Kita akan terus memburu penjenayah dan memeriksa premis termasuk yang disyaki lokasi perjudian, beroperasi tanpa permit serta menggaji pekerja asing yang tiada pasport,” katanya.

Buru empat lelaki

Di Melaka, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah, berkata polis sudah memeriksa 29 individu di sekitar daerah Melaka Tengah selain tiga premis, dua kedai dan sebuah rumah sejak Sabtu lalu.

Beliau juga berkata, pihaknya mempergiatkan usaha memburu empat lelaki berusia 25 hingga 40 tahun yang dikenalpasti amat berbahaya, berani dan agresif yang dipercayai terbabit dalam rompakan sebuah kedai emas di Taman Seri Duyong, Seksyen 2, Mac lalu selain kes samun dan memiliki senjata api. 

Di Seremban, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid, berkata lapan individu ditahan dalam Ops Cantas, termasuk empat lelaki yang dikehendaki kerana pelbagai kesalahan jenayah selepas polis memeriksa 491 orang di pelbagai lokasi seluruh negeri itu sejak Sabtu lalu.

“Dua daripada yang ditahan dikehendaki kerana kes samun, seorang lagi kerana samun berkawan menggunakan senjata, manakala seorang lagi lelaki menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata. Empat lagi ditahan kerana pelbagai kesalahan jenayah lain,” katanya.

Di Kota Kinabalu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah, Senior Asisten Komisioner Omar Mammah, berkata 18 warga asing yang disyaki terbabit dalam jenayah terancang atau kongsi gelap ditahan di negeri itu menerusi Ops Cantas selepas polis memeriksa 68 orang termasuk 50 warga tempatan sejak Sabtu lalu.

Di Johor Bahru, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Asisten Komisioner Azizan Anan, berkata polis menahan 64 individu dalam Ops Cantas, hasil pemeriksaan menyeluruh dan sekatan jalan raya.

Di Georgetown, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata pihaknya akan melaksanakan 10 misi menggempur dalam tempoh terdekat bagi melumpuhkan kumpulan kongsi gelap yang terbabit menggunakan senjata api untuk membunuh.

Tuesday, 20 August 2013

PEMUDA MIC Mempersalahkan Pihak Polis



Barangkali T.Mohan tidak cukup membaca, tidak cukup bergaul dan juga tidak cukup ambil tahu perihal masyarakat India sendiri. Atau barangkali T.Mohan terlalu sibuk nak jaga punggung anak lelaki Sammy Vellu yang sekarang ini menjadi BIG BROTHER dalam MIC, Vell Parri.

Sungguh aneh apabila T.Mohan mempersalahkan pihak polis kerana kewujudan dan keberanian anak-anak India menjadi samseng dan anggota kumpulan kongsi gelap. Dan lebih menarik lagi ialah, sebagai Ketua Pemuda MIC, T.Mohan gagal mengenalpasti masalah yang berlegar-legar di kalangan masyarakat India, terutama sekali golongan mudanya dari golongan marhein yang amat tertarik untuk menganggotai kumpulan samseng dan penjenayah kerana pengaruh kuasa serta boleh mendabik dada tunjuk hebat.
Bagi mereka yang pernah tinggal dan bergaul dengan masyarakat India marhein, pastinya anda akan dapat melihat sisi-sisi gelap masyarakat India marhein yang tidak pernah dipedulikan oleh para pemimpin parti politik berteraskan masyarakat India sendiri.
Dengan sebuah rumah kecil dihuni lebih sepuluh orang, termasuklah ibu bapa, anak-anak, ipar duai, bahkan besan biras serta datuk nenek, kesempitan ruang tempat tinggal akhirnya membuka ruang yang lebih besar kepada masalah sosial. Dan lebih berat lagi, kekurangan tersebut cuba ditampung dengan perasaan hebat menerusi 'kegagahan dalam melakukan kerja-kerja jenayah'.
Para pemimpin MIC sebelum ini menyalahkan kerajaan yang diterajui oleh UMNO kerana tidak memberikan bantuan kepada masyarakat India. Namun apabila pendedahan dibuat dengan sebahagian besar peruntukan bagi masyarakat tersebut telah disalurkan kepada MIC memandangkan MIC adalah wakil masyarakat India dalam kerajaan, para pemimpin MIC tidak cuba untuk membetulkan kesilapan yang telah mereka lakukan sehingga MIC sendiri terpaksa bergantung harap kepada orang Melayu untuk terus hidup dan wujud sebagai sebuah parti.

SUMBER-ISU SEMASA


DAP Nak Saman Utusan


Satu saman bakal dikemukakan kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, kerana menyiarkan fitnah risalah “Laporan Ekuiti (Penipuan Pemilihan CEC)” oleh penulis rekaan Father Augustus Chen, menurut Lim Kit Siang.
Penasihat DAP itu telah pun mengarahkan peguamnya untuk meneruskan saman ke atas akhbar berkenaan atas satu artikel yang ditulis oleh wartawannya Kasthuri Jeevendran melalui edisi Ahad, Mingguan Malaysia, mengulangi penipuan dan fitnah oleh Father Augustus Chen.
Beliau menjelaskan Laporan Ekuiti bukan sahaja perlu berdepan dengan pelbagai saman fitnah tetapi turut perbicaraan jenayah kerana fitnah dan niat jahat risalah berkenaan.
Katanya, penulis risalah itu telah membuat pertuduhan tidak berasas bagi membolehkan Barisan Nasional (BN), Umno dan Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengambil tindakan kepada DAP.(sbp tu lah nak saman nie. bila dah kena tangkap senang2 nak saman. buat cerita jew)
“Father Augustus Chen mendakwa seramai 753 pewakilan, yang kebanyakannya kaum India, tidak dimaklumkan Kongres DAP di Pulau Pinang dan terdapat kira-kira 547 pengundi hantu yang kebanyakannya dari Pulau Pinang merupakan satu fitnah dan berniat jahat ke atas pemimpin DAP.(apa jew yang orng ckp ttng pembangkang semua fitnah. kalau deme ckp ttng k'jaan semua benar. apa pun benar ke?? wei pigi lar lu..)
“Tempoh tujuh hari yang diberikan kepada penulis risalah itu telah lama tamat namun beliau tidak juga menampilkan diri," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Awal minggu ini, Lim menggesa Father Augustus Chen supaya tampil membuktikan kewujudan dan segala dakwaannya.
Lim berkata, Father Augustus Chen sebenarnya adalah watak yang direka oleh kerajaan pemerintah semata-mata untuk membatalkan pendaftaran DAP.(rekaan k'jaan ke atau kome reka cerita ke nie??)
Katanya, penulis itu diberikan tempoh seminggu untuk muncul dan membuktikan dia bukan watak yang direka. Jika gagal, RoS perlu mempertimbangkan semula keputusannya atas arahan mengadakan pilihan raya parti semula.(kalau muncul watak itu patah hidunglah kome lah LIM. tunggu jew utk kena )
Ahli Parlimen Gelang Patah itu menjelaskan isu pemilihan DAP dijadikan modal oleh Umno dan BN sebagai kempen perang saraf kerana tiga parti komponen utama BN bakal mengadakan pemilihan parti masing-masing tidak lama lagi. - 19 Ogos, 2013.

Monday, 19 August 2013

Penjenayah ditembak mati terbabit jenayah senjata api



GEORGETOWN 19 Ogos - Polis mengesahkan lima lelaki yang mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di Sungai Nibong di sini awal pagi tadi terbabit dalam beberapa jenayah senjata api.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mereka yang mati dikenali sebagai J.Gobinath, 31, R.Ramesh, 27, A.Vinut, 23, M.Suresh, 25, dan M.Gobinath, 21.

Polis juga menemui tiga pucuk pistol yang digunakan oleh penjenayah terbabit iaitu jenis Noricho berwarna perak, Revolver .38 berwarna perak dan Walther PPK berwarna hitam.

Kesemua mereka mempunyai alamat terakhir di negeri ini.

Beliau berkata, para penjenayah terbabit dapat ditumpaskan hasil maklumat awam dan risikan apabila sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian Siasatan Khas (D9) Pulau Pinang dengan bantuan JSJ D9 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman serta D9 Kedah menyerbu sebuah apartmen sewaan di Century Bay di Sungai Nibong pada pukul 4.30 pagi.

Menceritakan detik serbuan itu, Abdul Rahim berkata pasukan polis telah mengetuk pintu sebuah unit di apartmen itu dan memperkenalkan diri, tetapi tidak mendapat sebarang jawapan dari penghuninya menyebabkan polis terpaksa memecah pintu sebelum memasuki unit berkenaan.

"Sejurus menyerbu masuk, penghuni di dalam rumah itu terus melepaskan tembakan bertalu-talu dan berlaku kejadian berbalas tembakan antara mereka dengan polis.

"Setelah selesai berbalas tembakan dan tiada lagi berlaku ancaman, polis membuat pemeriksaan di dalam apartmen tiga bilik itu dan menemui lima lelaki mati di dalam bilik-bilik berasingan," katanya.

Polis masih menjalankan pemeriksaan di dalam apartmen berkenaan. - BERNAMA

Polis Tembak Mati Lima Anggota Kongsi Gelap

Polis Tembak Mati Lima Anggota Kongsi Gelap33345
Polis Pulau Pinang menyerbu sebuah apartmen di Sungai Nibong di sini Isnin dan menembak mati lima lelaki dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap Gang 04.
 
Mereka yang berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an itu dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya 10 kes tembak di Pulau Pinang sepanjang tahun ini.
 
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi mengesahkan kejadian 4.45 pagi itu.
 
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar akan mengadakan sidang media bagi memberi maklumat lanjut mengenai kes itu hari ini, katanya.

sumber