Saturday 7 September 2013

'Banteras kongsi gelap adalah tugas semua rakyat'



KUALA LUMPUR: Usaha pembanterasan kegiatan kongsi gelap ini bukan hanya perlu diletakkan kepada bahu polis semata-mata malah tanggungjawab ini perlu dipikul oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia amnya.

Pengerusi Safer Malaysia, Richard Wee berpendapat langkah-langkah yang dilakukan oleh pihak polis dalam membanteras kegiatan kongsi gelap ini sedikit sebanyak membantu rakyat dalam mengenali bahayanya kegiatan kongsi gelap ini.
“Panduan-panduan seperti jenis-jenis tatu yang digunapakai oleh anggota kongsi gelap ini banyak memberi panduan kepada masyarakat namun begitu, selain kita begitu berterusan menangkap dan menahan anggota kongsi gelap ini, kerajaan boleh juga memainkan peranan terutama dalam bidang pemulihan atau rehabilitasi anggota-anggota kongsi gelap ini,”
Tambah beliau, tiada gunanya jika polis berterusan menangkap anggota kongsi gelap ini sekiranya tiada proses pemulihan dijalankan untuk membawa mereka ini diterima masyarakat semula.



No comments:

Post a Comment