Tuesday 10 September 2013

Ribuan berhimpun di Mahkamah Rayuan untuk selamatkan “Allah”




Ribuan rakyat daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu berhimpun di hadapan Mahkamah Rayuan, Putrajaya hari ini menunggu sama ada rayuan kerajaan untuk menghalang penganut Katolik menggunakan kalimah Arab “Allah” diterima.
Empat bas kelihatan berhampiran dengan kawasan mahkamah membawa peserta perhimpunan ini.
Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa), Jalur Tiga (Jati), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Persatuan Peguam Muslim dan lain-lain berhimpun sejak pagi sambil bermunajat dan membaca al-Quran.
Terdapat juga sekumpulan daripada peserta perhimpunan membaca surah Yassin sementara yang lain bertakbir secara berterusan.
Pada 22 Ogos lalu gereja Katolik gagal dalam permohonan mengetepikan rayuan Putrajaya untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakan perkataan Arab “Allah” sebagai terjemahan bahasa Melayu kepada “God”.

No comments:

Post a Comment