Tuesday, 20 August 2013

PEMUDA MIC Mempersalahkan Pihak Polis



Barangkali T.Mohan tidak cukup membaca, tidak cukup bergaul dan juga tidak cukup ambil tahu perihal masyarakat India sendiri. Atau barangkali T.Mohan terlalu sibuk nak jaga punggung anak lelaki Sammy Vellu yang sekarang ini menjadi BIG BROTHER dalam MIC, Vell Parri.

Sungguh aneh apabila T.Mohan mempersalahkan pihak polis kerana kewujudan dan keberanian anak-anak India menjadi samseng dan anggota kumpulan kongsi gelap. Dan lebih menarik lagi ialah, sebagai Ketua Pemuda MIC, T.Mohan gagal mengenalpasti masalah yang berlegar-legar di kalangan masyarakat India, terutama sekali golongan mudanya dari golongan marhein yang amat tertarik untuk menganggotai kumpulan samseng dan penjenayah kerana pengaruh kuasa serta boleh mendabik dada tunjuk hebat.
Bagi mereka yang pernah tinggal dan bergaul dengan masyarakat India marhein, pastinya anda akan dapat melihat sisi-sisi gelap masyarakat India marhein yang tidak pernah dipedulikan oleh para pemimpin parti politik berteraskan masyarakat India sendiri.
Dengan sebuah rumah kecil dihuni lebih sepuluh orang, termasuklah ibu bapa, anak-anak, ipar duai, bahkan besan biras serta datuk nenek, kesempitan ruang tempat tinggal akhirnya membuka ruang yang lebih besar kepada masalah sosial. Dan lebih berat lagi, kekurangan tersebut cuba ditampung dengan perasaan hebat menerusi 'kegagahan dalam melakukan kerja-kerja jenayah'.
Para pemimpin MIC sebelum ini menyalahkan kerajaan yang diterajui oleh UMNO kerana tidak memberikan bantuan kepada masyarakat India. Namun apabila pendedahan dibuat dengan sebahagian besar peruntukan bagi masyarakat tersebut telah disalurkan kepada MIC memandangkan MIC adalah wakil masyarakat India dalam kerajaan, para pemimpin MIC tidak cuba untuk membetulkan kesilapan yang telah mereka lakukan sehingga MIC sendiri terpaksa bergantung harap kepada orang Melayu untuk terus hidup dan wujud sebagai sebuah parti.

SUMBER-ISU SEMASA


No comments:

Post a Comment