Thursday 12 September 2013

RTM Silap Siar Logo PDRM



Gambar pihak RTM silap atau salah siar logo PDRM telah cetus kontroversi. Kejadian itu berpunca akibat daripada tindakan salah seorang kakitangan RTM menyiarkan logo PDRM yang berjudul “Polis Raja Di Malaysia”. Ini merupakan kesalahan yang memalukan dan ada juga mendakwa ianya berkaitan dengan unsur sabatoj. Permohonan maaf telah dibuat secara terbuka oleh RTM berhubung isu tersebut. Pada masa yang sama, RTM telah menggantung dan menamatkan perkhidmatan individu yang terlibat dalam insiden penyiaran kesilapan logo Polis Diraja Malaysia melalui RTM pada 10 september 2013.

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menggantung dan menamatkan perkhidmatan individu yang terlibat dalam insiden penyiaran kesilapan logo Polis Diraja Malaysia melalui RTM pada Selasa.

Sambil berkata, RTM memandang serius kejadian itu, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail berkata, laporan polis untuk memulihkan imej Jabatan Penyiaran telah dibuat.

"Ralat dan permohonan maaf telah disiarkan dalam Berita Nasional 12 tengah malam. Surat rasmi memohon maaf kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) juga telah dihantar," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau menjelaskan jawatankuasa tata tertib telah bersidang pada Rabu untuk meneliti tindakan lanjut yang akan dilaksanakan susulan insiden itu.

Kenyataan dan tindakan segera yang diambil telah dimuat naik dalam laman sosial jabatan berkenaan, tambahnya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment