Wednesday 18 September 2013

Anwar Pembohong, Tiada Subsidi Kepada IPP!!!



PENGELUAR tenaga bebas (IPP) dan syarikat-syarikat minyak tidak mendapat subsidi daripada kerajaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala. Beliau berkata, subsidi gas disalurkan kepada pengguna tenaga elektrik, bukannya IPP.

 "Dalam konteks peningkatan harga diesel dan petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter baru-baru ini, dakwaan bahawa peningkatan itu boleh dielakkan jika subsidi kepada IPP dan syarikat minyak ditarik semula memang tidak berasas.

 "Hakikat atau kebenaran paling nyata ialah kerajaan langsung tidak membiayai sebarang subsidi kepada IPP atau syarikat minyak ini, satu sen pun tidak," kata beliau dalam blognya yang bertajuk "The Truth about Subsidies".

 Beliau berkata, tanggapan bahawa subsidi bagi rakyat boleh diteruskan sekiranya subsidi kepada syarikat terbabit ditarik semula bukan hanya memintas penjelasan sebenar berhubung rasionalisasi subsidi, malah, ianya tidak benar sama sekali.

 "Kerajaan, menerusi syarikat milik penuhnya Petronas, subsidi sebanyak RM8 bilion hingga RM12 bilion setahun ke atas harga gas diberikan kepada semua penjana elektrik - Tenaga Nasional Bhd dan IPP.

 IPP pula mengenakan kos harga gas ke atas TNB," kata beliau. Idris berkata, penjimatan daripada subsidi gas ini dinikmati pengguna isi rumah dan industri menerusi kadar tarif lebih rendah dan tarif elektrik di dalam negara adalah paling rendah di dunia. - Bernama




 Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan memberi subsidi Petronas kepada syarikat konsesi penjana kuasa bebas (IPP) sebagai membelakangkan rakyat. Anwar ketika berbahas di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air di Dewan Rakyat berkata, subsidi sebanyak RM15.1 bilion berbanding subsidi minyak kepada rakyat yang hanya sebanyak RM11 bilion jelas tidak munasabah. 

 “Subsidi kepada IPP RM15.1 bilion, subsidi kepada rakyat hanya RM11 bilion. Adakah ini yang dikatakan rakyat didahulukan?” katanya yang juga ketua pembangkang di Parlimen, semalam.

No comments:

Post a Comment