Friday 20 September 2013

Tun Razak penyamar dalam tentera Jepun!!!



Sebelum ini, media alternatif pro-pembangkang riuh membangkitkan kononnya Tun Abdul Razak adalah tali barut Jepun hanya berdasarkan kepada satu gambar di bawah :




Tanpa mahu menyelidiki lebih lanjut kesahihan dan sejarah benar Tun Abdul Razak, mereka menabur fitnah dan menanam buruk sangka terhadap Perdana Menteri Malaysia ke-2 ini.

And true enough. Media pro-pembangkang gagal mendapatkan keseluruhan cerita tentang sejarah Tun Abdul Razak.

Satu penemuan MiM yang paling menarik yang pasti memalukan dan menyerlahkan kejijikan mereka yang memfitnah Allahyarham Tun Razak kononnya tali barut Jepun ialah artikel yang ditulis oleh Almarhum DYMM Tuanku Jaafar Tunku Abdul Rahman.

Artikel tersebut terdapat di dalam buku bertajuk 'Tun Abdul Razak : A Personal Potrait' yang diterbitkan pada tahun 2005.

Tajuknya ialah 'Carefree Days'. Di antara nukilan baginda ialah :

Razak joined the Wataniah (the Malay anti-Japanese resistance movement) but remained in the Japanese administration as an undercover agent.


Terjemahannya :
Razak menyertai Wataniah (gerakan Melayu anti-Jepun) tetapi terus berada di pentadbiran Jepun sebagai agen menyamar (undercover agent)



Sekarang terbuktilah bahawa segala tuduhan yang mendakwa Allahyarham Tun Razak sebagai tali barut Jepun adalah satu fitnah dan pembohongan yang paling jijik dan tidak bertanggungjawab oleh media-media pro-pembangkang!


Di antara fitnah jahat 2 bloggers pro-pembangkang, lihat printscreen di bawah :

1.


2.


READ MORE

No comments:

Post a Comment