Tuesday 24 September 2013

Video Maki Pengawal Keselamatan, Isteri Mat Yo Dikecam

isteri mat yo pengawal

KUALA LUMPUR – Sebuah video melibatkan seorang wanita didakwa isteri kepada pemain kebangsaan Mat Yo kini tersebar luas di Facebook sehingga mencetuskan kontoversi selain menimbulkan kemarahan ramai pihak.
Video berdurasi hampir satu minit itu mula tersebar petang semalam dan mengundang kecaman umum kerana tindak-tanduk wanita berkenaan yang dianggap biadab terhadap seorang pengawal keselamatan.
Insiden dalam video itu dipercayai bermula apabila seorang pengawal keselamatan tersebut mengarahkan wanita berkenaan mengalihkan kereta tetapi dia enggan sehingga berlaku perang mulut antara mereka.
Wanita itu juga ada menyebut mahu mengambil tindakan saman dan sedang merakamkan pergaduhan mereka sebagai bukti.
Dalam video itu, wanita itu beberapa kali menggelar pengawal keselamatan itu sebagai ‘bodoh’ dan ‘jantan dayus’ sehingga pada satu peringkat lelaki itu kelihatan hilang sabar.
SAMBUNG videonya disini

No comments:

Post a Comment