Wednesday 28 August 2013

DAP Minta Pengusaha Pawagam Tidak Tayang Filem Tanda Putera.



Sebenarnya, Lim Guan Eng amat takut akan filem patriotik ini. Dakwaannya bahawa filem ini sebagai naskah perkauman yang mahu mencetuskan kebencian menggunakan fakta palsu dan kejadian yang direka cipta hanyalah satu bentuk fitnah melulu oleh beliau mewakili ayahnya sendiri, Lim Kit Siang terhadap karya sutradara tersohor tanah air, Shuhaimi Baba ini.


Apahal Cina ultra-kiasu DAP ni takut sangat? Seperti mana yang aku ulas sebelum ini, filem ini langsung tidak menyentuh aspek perkauman sebaliknya menceritakan kembali perih jerih dan pahit getir pemimpin-pemimpin terdahulu membina tanah air kita. Babak yang ditakuti oleh Kit Siang dan Guan Eng pada aku, tak sampai 5% daripada keseluruhan filem ini. Itupun dicorakkan dengan berhati-hati oleh Shuhaimi Baba.


Bagi aku mudah saja, ketakutan Kit Siang dan Guan Eng itu adalah manifestasi kebenaran fakta yang disampaikan berkenaan tragedi 13 Mei 1969, bukannya seperti yang didakwa oleh mereka sebagai rekayasa pengarah. Dan aku percaya Guan Eng dan ayahnya sendiri belum pernah menonton filem ini.
Jadi bagaimana nak ajar dua beranak Cina ultra-kiasu ini? Aku fikir mudah saja. Hantar salinan filem ini terus ke ibu pejabat DAP dan biarkan mereka tonton sendiri!! -Tok Guru.

Waytha Moorthy Di Minta SERU Penjenayah???


Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar nampaknya lebih sinis dalam komentarnya terhadap kontroversi Menteri P. Waytha Moorthy persoal cara polis benteras penjenayah.

Mungkin Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu tidak pernah terfikir rakan sejawatnya dalam kerajaan boleh melontar satu cabaran yang bunyinya mudah.

Namun semua orang tahu ia pasti tidak akan berlaku.

Wan Junaidi Selasa meminta Waytha Moorthy menyeru semua penjenayah di negara ini tanpa mengira bangsa supaya menyerahkan senjata api yang mereka miliki bagi membolehkan polis menangkap mereka tanpa menggunakan kekerasan.

"Kalau timbalan menteri berkenaan boleh seru penjenayah tidak kira siapa baik yang Melayu, Cina mahupun India supaya letak senjata, esok juga kita akan pergi tangkap mereka macam biasa tanpa senjata.

"Tetapi kalau penjenayah itu tidak mendengar katanya, jangan pandai-pandai mengajar macam mana polis untuk membuat kerja," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada wartawan selepas merasmikan majlis penutup Pentauliahan dan Perhimpunan Kebangsaan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam kali ke-4 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di Batu Pahat,Selasa.

Beliau mengulas kenyataan Waytha Moorthy dalam sebuah portal Isnin yang mempertahankan pendiriannya membantah tindakan polis menembak mati lima penjenayah di Pulau Pinang baru-baru ini.

Waytha Moorthy turut mempersoalkan sama ada tindakan polis menembak mati penjenayah boleh mengatasi masalah jenayah di negara ini.

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata sebagai seorang bekas pegawai polis, beliau amat memahami getirnya situasi yang dihadapi oleh pihak polis apabila berhadapan dengan penjenayah yang bersenjata api.

"Polis berhadapan dengan situasi mencabar dan kalau tersilap langkah boleh meragut nyawa sendiri, jadi apakah pilihan mereka apabila berhadapan dengan keadaan sedemikian.

"Sepatutnya sebagai pihak dalam kerajaan, timbalan menteri tidak sepatutnya mempunyai pendirian lain daripada kementerian dalam menangani jenayah, jangan sampai disalah tanggap orang di dalam kerajaan menyokong penjenayah pula," katanya.

Beliau berkata semua pihak harus memahami tugas polis dalam mempertahan keselamatan negara dan dalam masa sama penjenayah pula menggugat dan mengancam ketenteraman negara.agendadaily 

Islam dan Al-Quran menjadi alat DAP!!!


Penghinaan demi penghinaan oleh mereka terhadap islam!!!berikut adalah gambar-gambar dan video yang membuktikan pemimpin Dap menggunakan dan mempermainkan kesucian Islam dan ayat suci Al-Quran.

















SUMBER

Mengapa DAP Takut Kemukakan 500 Surat Salinan Asal Yang Ditandatangani Ahli Kepada ROS?


Ketika ditanya kepada Anthony Loke Siew Fok, beliau enggan komen dan memberikan alasan yang lain. Ini bukti DAP menyembunyikan sesuatu kepada rakyat. 

Parti tersebut tidak layak lagi mendabik dada sebagai parti yang berasaskan demokratik jika enggan menunjukkan ketelusan dan keberanian untuk kemukakan salinan surat asal tersebut. 

ROS jangan benarkan DAP menggunakan nama demokratik lagi. Mereka salahkan gunakan nama itu sahaja, praktikalnya tidak buat pun.

klik disini utk video

SMS YANG JATUHKAN GUAN ENG DI CEC DAP !!!


Akhbar Kwong Wah telah mendedahkan plot untuk menjatuhkan Lim Guan Eng semasa pemilihan semula CEC DAP yang bakal di adakan pada di Kuala Lumpur pada 10 November ini.



Menurut laporan Kwong Wah, wakil-wakil dari beberapa negeri termasuk Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor didakwa merancang untuk menjatuhkan Lim Guan Eng. Akhbar bahasa Cina itu juga mendakwa bahawa ahli DAP Pulau Pinang telah menunjukkan dua SMS yang beliau terima dari Perak dan Johor terhadap Lim kepada wartawan baru-baru ini.

SMS yang menuduh DAP mengadakan pemilihan baru supaya Lim boleh mendapatkan orang beliau ke dalam CEC dan menggesa para perwakilan untuk "menjatuhkan beliau dan menyelamatkan parti".

"Parti itu hanya boleh ada demokrasi tanpa Lim, mari Ubah!" menurut SMS itu.
"Ubah" adalah slogan DAP untuk menjatuhkan kerajaan BN negeri Sarawak pada pilihan raya negeri pada tahun 2011 tetapi DAP gagal. Slogan itu sekali lagi digunakan pada pilihanraya 5 Mei.



SMS juga menanyakan sama ada Lim yang bayar pengangkutan para perwakilan untuk pergi ke pemilihan yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 10 Nov.

Perwakilan telah diberitahu untuk tidak mengundi Lim atau orang-orangnya untuk faedah parti itu, mendakwa, "rakan-rakan Johor kami sedang marah."

Kwong Wah juga memetik sumber anti-Lim yang mendakwa bahawa walaupun tidak ada petunjuk yang jelas, DAP Melaka seolah-olah sentiasa anti-Lim, manakala DAP Kedah yang mempunyai masalah kepimpinan dalaman, sebab itu rasa tidak puas hati terhadap parti semakin meningkat.

Untuk rekod, Lim Guan Eng mempunyai rekod politik yang sangat memalukan di Melaka apabila media melaporkan Guan Eng bukanlah seorang pemimpin yang berpengaruh dalam parti tersebut dan perkara berkenaan terbukti apabila beliau pernah kalah teruk dalam pemilihan peringkat cawangan di Melaka sebelum ini.

Tambah media lagi, kekalahan Guan Eng dengan hanya meraih tempat ke-17 daripada 19 calon yang bertanding itu memaksa bapanya, Lim Kit Siang ‘memapah’ beliau ke Pulau Pinang bagi menyelamatkan karier politik anaknya itu.

Dan sekarang, Lim berdepan dengan perwakilan dan hanya satu keputusan yang mampu menaikkan imej yang sudah tercalar teruk dek sarkas CEC DAP yang lepas iaitu mengekalkan kemenangannya tanpa kekurangan undi jika dibandingkan dengan yang lepas.

MiM musykhil, jika perwakilan DAP berjaya mengurangkan undi Guan Eng atau kedudukannya jatuh di CEC, apakah beliau masih berani menawarkan dirinya sebagai Setiausaha Agung DAP?

MiM jangka akan ada pihak yang menjawab dan menafikan isu ini 'bagi pihak' Guan Eng DAP. Standard Of Procedure untuk menjaga boss.

MiM juga tidak terkejut jika pengerusi-pengerusi DAP negeri-negeri yang didakwa 'anti-Lim' itu akan mengadakan sidang akhbar bersama dan kemudian 'berpegang tangan menunjukkan sokongan penuh' mereka kepada Guan Eng DAP.

Apakah Lim Guan Eng akan menangis atau apa sahaja tektik untuk menagih simpati daripada perwakilan supaya menyokong beliau? 
Bapanya, Lim Kit Siang DAP pernah melakukannya sebelum ini semasa PRU13 yang lepas!


Menangis sebab DAP guna simbol PAS tapi kantoi bila ROS dedahkan DAP
 boleh guna simbol parti sendiri!


Tapi bagus juga jika Lim Guan Eng tidak lagi dipilih dan 'ini kali' lah dikalahkan.  Pengerusi DAP Pulau Pinang dapat merasa jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang yang sepatutnya milik beliau sejak PRU12 lagi.

Dan caranya sangat mudah iaitu Pengerusi DAP Pulau Pinang hanya perlu meminta semua perwakilan dari Pulau Pinang untuk tidak mengundi Guan Eng pada 10 November nanti.

Dengan sokongan dari negeri-negeri lain, undi Guan Eng akan jatuh. Begitu juga kedudukan beliau. Ketika itu, jawatan beliau sebagai Setiausaha Agung DAP akan terancam. Guan Eng terpaksa melepaskan jawatan beliau dan Pengerusi DAP Pulau Pinang dapat melangsaikan 'hajat' beliau untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. 

Persepsi dan kemungkinan di atas tidak boleh dielakkan. Tetapi jika benar pun, Pengerusi DAP Pulau Pinang akan bermati-matian menafikan plot tersebut.

Monday 26 August 2013

Waythamoorthy Cuba Untuk Menjadi Hero Kaum India




KES tembak menembak yang berlaku sejak kebelakang ini amat menakutkan orang awam. Umpamanya negara Malaysia ini sudah tidak aman lagi. Selepas Akta ISA dan Ordinan Darurat di hapuskan, lebih dari 2600 orang penjenayah yang ditahan dibawah kedua-dua akta ini di bebaskan dari Simpang Renggam. Malah tidak mustahil mereka yang bebas ini ingin membalas dendam terhadap orang-orang yang pernah menganiaya mereka sehingga mereka ini disumbat ke dalam penjara.

Mengikut kajian yang dibuat oleh badan bebas, majoriti banduan ISA dan EO akan membalas dendam terutama kepada kepala gangster seperti ahli-ahli politik DAP dan PKR. Jadi kenapa masih ada lagi Timb. Menteri yang mahu menjaga kepentingan mereka?

Waythamoorthy yang dipilih oleh Najib Razak untuk  menjawat Timb. Menteri di JPM ditugaskan untuk mengawal kaum India serta GANGSTER India yang dikatakan sudah tidak berpihak kepada Najib Razak. Namun sejak kejadian tembakan 5 orang India yang terbunuh di Pulau Pinang baru-baru ini, nampaknya topeng Waythamoorthy sudah terbuka sedikit demi sedikit.

Sikap RASIS dalam diri dia sudah terbuka luas. Jadi, demi katanya untuk mengekalkan serta mengambil hati pengundi India, Timb. Menteri ini terpaksa bertindak mempertahankan penjenayah India yang mati ditembak oleh polis. Berbaloikah tindakan Pengerusi HINDRAF ini?

Tidak cukup dengan herdikan dan makian yang dilemparkan kepada PDRM. Beliau terus menuding jari menuduh PDRM tidak mengikut SOP semasa menembak mati penjenayah berat tersebut. 

Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri juga baru-baru ini memberi amaran yang keras kepada Waythamoorthy supaya tidak campur tangan dalam kerja PDRM. Biarkan PDRM membuat kerja mereka untuk membanteras penjenayah. Jangan sesiapa yang cuba masuk campur walaupun berada dalam barisan kabinet yang sama.

Jadi, apa masalah sebenarnya Waythamoorthy ni? Adakah dia cuba untuk menjadi hero kaum India? Bagaimana pula implikasi jutaan rakyat Malaysia yang masih mahukan negara ini aman dan damai di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional?

Peguam PKR tu hanya untuk memburuk - burukkan anggota Keselamatan Negara





Jika semalam kita ada baca petikan daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam PKR ni yang jelas cuba bermain dengan sentimen perkauman.

Apa yang kita dapat perhatikan, kenyataan Peguam PKR tu jelas cuba membangkitkan kemarahan kaum India dan menghasut mereka membenci Kerajaan.

Selain itu, kenyataan Peguam PKR tu hanya untuk memburuk - burukkan anggota Keselamatan Negara, terutama Polis DiRaja Malaysia.

Jika dilihat dari keadaan semasa, memang itu niat dan tujuan puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Mereka cuba nak dapatkan semula sokongan orang India.

Kalau sebelum ini, ada jugak sokongan dari kaum Hindraf. Tapi diorang jugak yang melacurkan puak - puak tu dan menolak tuntutan yang mereka sebelum ini.

Maka, tidak mustahil pada ketika ini puak - puak PKR ni mula mendahagakan semula sokongan dari kaum India dan cuba menghasut mereka dengan cara ini.

Ada juga dikalangan rakyat Malaysia yang berpendapat bahawa tindakan Peguam PKR ni hanya untuk kepentingan diri dia sendiri.

Selain daripada mencari sokongan dari kaum India, Peguam PKR ni jugak ada agenda dia yang tersembunyi. Apa yang dia buat setakat nak jaga periuk nasi dia je.

Dah nama pun peguam. Jadi, apa lagi kerja yang mampu dia buat selain daripada melepaskan penjenayah yang ditangkap dan didakwa dalam mahkamah?

Dah memang itu pun kerja dia sebagai seorang peguam. Walaupun penjenayah tu didapati bersalah berdasarkan bukti yang ada, dia tetap juga akan memperjuangkan sebaliknya.

Waima penjenayah tu ditangkap ketika melakukan jenayah, Si Peguam PKR ni tetap jugak akan bertahan dan menyatakan bahawa penjenayah tu tak bersalah.

Dengan hanya berbekalkan air liur serta hujah yang mampu memutar belitkan keadilan, tak mustahil jika penjenayah itu boleh dilepaskan dari sebarang tuduhan.

Jadi, tak heran la kalau Si Peguam PKR ni mati - matian akan terus memperjuangkan penjenayah yang semakin berleluasa di Malaysia pada hari ini. Kalau Negara dah tak de penjenayah, macam mana dia nak cari makan!!!

Taktik Kotor Yang Selalu Digunakan oleh Nga Kor Ming...


ini adalah posting baru di FB Nga Kor...katanya DAP untuk semua. tapi betul ke tu??

sedangkan hanya ada satu ADUN di PP melayu(zairil), MP semua cina dan india jew.
kalau x percaya..kome lihat kat SINI..



Nga nie pandai cakap jew sokong melayu tapi sebenarnya dia ni paling rasis dan mementingkan kaum dia sahjew..korang ingat tak siape yg gelar MB Perak hitam metalik?? korang ingat tak siape yg persenda ayat al Quran masa kempen PRK 2009?? si rasis Nga nie lar... pandai cakap DAP utk semua, tapi tak gerti hormat kaum lain.

ini dia...Nga masuk rumah orang melayu pakai kasut. mane nngko nie hormat adat orang lain lar wei??



Nga dan puak DAP nie masih lagi tidak hinsaf..buktinya baru2 ni dia sengaja nak menyakitkan hati orang melayu bila desak Jabatan Peguam Negara campuri urusan pentadbiran agama Islam di Kedah, Perak dan Negeri sembilan.

tambah lagi dengan sikap si propaganda(Nga) nie..kalau ada bagi bantuan kecil2(kenduri,khatan,kahwin) mesti nak uar2kan di Twitter, sedangkan ADUN BN kerap buat tapi takde yg sampai nak heboh satu negara. dia nie buat bantuan semata-mata utk  populariti jew...mana ada ikhlas..xde langgusng..



baru2 nie juga dia cuba main sentimen perkauman pasa bayarn cukai sekolah cina...sampai bila bdak nie nak main taktik kotor nie..wahai rakyat malaysia...fikir lar sendiri. masih lagi kome semua nak percaya dia ke.
fikir lar sendiri, adakah kita perlukan seorang pemimpin seperti dia??

Ini dia video Nga mempersendakan ayat al Quran


Jawapan Mengapa Azilah Dan Sirul Di Bebaskan Daripada Tuduhan Membunuh Wanita Mongolia

8 Alasan Mahkamah Membebaskan Azilah dan Sirul Yang Perlu Rakyat Malaysia Tahu




Hakim mahkamah Tinggi tersilap arah
Kuala Lumpur: Dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar semalam dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Tiga Hakim Mahkamah Rayuan memberi lapan alasan utama bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati ke atas Azilah dan Sirul yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohd Zaki Md Yasin pada 29 April 2009. 

Hakim gagal beri pendapat 
Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat mendapati Mohd Zaki dalam keputusannya gagal memberi pendapat terhadap beberapa faktor penting sebelum mensabitkan kedua-dua perayu.

Penghakiman penuh pembebasan
Ini adalah keputusan sebulat suara kami. Bagi maksud keputusan kami hari ini supaya dapat menjimatkan masa mahkamah, kami hanya akan mengemukakan alasan ringkas terhadap perkara utama yang dibangkitkan dalam rayuan seperti berikut:

Berhubung pembelaan membabitkan alibi perayu pertama (Azilah Hadri), kami tidak mendapati apa-apa dalam alasan penghakiman hakim perbicaraan bijaksana bahawa beliau menimbangkan sama ada diari balai menunjukkan atau cenderung untuk menunjukkan atas alasan kehadiran perayu pertama di Bukit Aman pada masa material, dia tidak boleh atau tidak mungkin boleh berada di tempat kejadian. 

Hakim perbicaraan bijaksana tersalah arah dengan cara tanpa arahan apabila gagal menimbangkan bahawa diari balai selain gagal membuat penemuan sama ada pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan bahawa perayu pertama berada di tempat kejadian.

Berhubung log panggilan dan ramalan liputan, kami mendapati bahawa keterangan saksi pendakwaan ke-61, 62 dan 63 menimbulkan isu kredibiliti dan ketepatan log panggilan serta ramalan liputan. Dalam penghakiman kami adalah penting bagi hakim perbicaraan bijaksana menyatakan pemikirannya kepada cabaran yang dibangkitkan pembelaan terhadap eksibit dan membuat penemuan sama ada secara nyatanya terdapat pengubahan dan gangguan kepada data dan sama ada ketulenan data dipersoalkan atau sebaliknya. Dengan kecewanya, hakim gagal membuat, yang mana dalam penghakiman kami ia membawa kepada tersalah arah serius menyebabkan eksibit berkenaan tidak selamat untuk dipertimbangkan.

Maklumat penemuan
Berhubung maklumat yang membawa kepada penemuan, hakim yang perbicaraan bijaksana tidak mengarahkan pemikirannya dan tidak memeriksa sama ada percanggahan dan keterangan tidak konsisten saksi pendakwaan adalah material; tidak memeriksa kredibiliti saksi pendakwaan dan tidak mengarahkan pemikirannya sama ada perayu menimbulkan keraguan berhubung ketepatan 27 keterangan dan sama ada penemuan dibuat secara eksklusifnya hasil daripada maklumat yang disampaikan oleh perayu dan bukan daripada sumber lain. Kami mendapati terdapat tiada arahan daripada hakim perbicaraan bijaksana dalam menilai keterangan sebelum menerima pakai keterangan mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan 1950.

Pemilikan bahan letupan
Berhubung isu pemilikan dan kawalan bahan letupan, selepas membuat penemuan berhubung kaitan di antara bahan letupan dan kematian mangsa, hakim perbicaraan bijaksana sepatutnya, pada penghakiman kami, membuat penemuan lanjut untuk mengaitkan bahan letupan terbabit dengan perayu. Dengan tidak membuat sebarang penemuan berhubung pemilikan bahan letupan yang digunakan dalam pembunuhan oleh perayu, hakim perbicaraan bijaksana gagal mengarahkan pemikirannya terhadap rangkaian yang hilang, menyebabkan terdapat satu salah arah berlaku. 

Sejauh mana kegagalan memanggil Deputi Superintendan Musa Safri, penghakiman kami berhubung fakta kes, keterangan Musa adalah penting untuk merungkai cerita pendakwaan. Kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil atau menawarkan beliau untuk disoal balas, dalam keadaan keadaan keterangan secara keseluruhannya, akan menimbulkan inferens yang sebaliknya mengikut Seksyen 114(g) Akta Keterangan, terhadap kes pendakwaan.

Seterusnya pada isu sepasang selipar, kami mendapati tiada bukti yang menunjukkan terdapat kaitan dua antara selipar terbabit dengan perayu kedua. Pihak pendakwaan tidak menutup sebarang lompang dalam kesnya.

Begitu juga dengan katrij terpakai yang dijumpai dalam kereta perayu kedua, kami mendapati terdapat jurang dalam kes pendakwaan dan dalam aspek ini hakim gagal mengarahkan pemikirannya terhadap isu itu.

Akhirnya, berhubung niat bersama. Kami mendapati hakim tidak membuat penemuan sama ada pendakwaan berjaya membuktikan bahawa terdapat perancangan awal oleh kedua perayu untuk melakukan pembunuhan dan pembunuhan itu dilakukan berikutan daripada perancangan awal berkenaan. Dalam penghakiman kami, ketiadaan penemuan sedemikian oleh hakim perbicaraan bijaksana berhubung ramuan niat bersama menyebabkan berlaku tersalah arah disebabkan tanpa arahan.

Dengan melihat kepada keseluruhan keadaan kes, penghakiman kami adalah kesan pengumpulan tanpa arahan oleh hakim perbicaraan bijaksana menyebabkan sabitan ke atas perayu adalah tidak selamat.

Kami, dengan sebulat suara membenarkan kedua-dua rayuan ini. Sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi dengan ini diketepikan. Kedua-dua perayu dengan ini dilepas dan dibebaskan.

INFO

Hakim Mahkamah Rayuan
- Datuk Seri Mohamed Apandi Ali
- Datuk Linton Albert 
- Datuk Tengku Maimun Tuan Mat 

Hakim Mahkamah Tinggi
- Datuk Mohd Zaki Md Yasin

Pendakwa Raya
- Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah

Peguam Bela Azilah
- Hazman Ahmad
- J Kuldeep Kumar

Peguam Bela Sirul
- Kamarul Hisham Kamaruddin
- Hasnal Rezua Merican
- Mohd Ruzaini Zulkifli

Peguam pemerhati
(Keluarga Altantuya)

- Karpal Singh


PERTUDUHAN: Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar
Didakwa membunuh Altantuya Shaariibuu, 28, di lokasi antara lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. Didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

BANTAH TPPA

Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) memang ramai yang tidak tahu tentangnya dan tidak kurang juga ramai yang diantara kita tidak ambil tahu dan menganggapnya adalah perkara biasa dalam rundingan antara kerajaan dalam perdagangan antarabangsa.
Namun jika anda tahu apakah yang TPPA mampu buat pada anda dan keluarga anda sudah pastinya agenda menentang perlaksanaan TPPA oleh kerajaan ini akan menjadi perjuangan utama anda untuk memastikan masa depan anda dan keluaraga terjamin.
Jadi untuk pusingan pertama penjelasan yang ringkas dan mudah anda fahami, penulis mahu menjelaskan bahawa TPPA dibimbangi akan menjejaskan nasib para usahawan Melayu dan rakyat dalam negara ini atau dalam bahasa kasarnya akan membawa bencana kepada ekonomi negara.
Antaranya TPPA dipercayai akan menyekat peluang syarikat tempatan dan memberi kelebihan kepada syarikat asing untuk menyertai pasaran tempatan. Perkara itu dibimbangi akan berlaku memandangkan data berhubung perjanjian TPPA masih belum didedahkan dan ia terus menjadi rahsia kepada mereka yang terlibat dalam rundingan perjanjian ini termasuklah kerajaan.
Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dan beberapa NGO lain antara yang lantang menyuarakan kerisauan tentang perkara ini percaya jika TPPA dilaksanakan ia akan menutup terus pintu rezeki syarikat tempatan, dan akan membuka seluas-luasnya akses perniagaan kepada entiti asing yang mempunyai keupayaan modal dan sokongan lebih baik.
Tanpa maklumat yang lebih terperinci daripada MITI, terlalu banyak yang meragukan tentang perjanjian ini dan sebagai contoh mudah untuk penulis menimbulkan keraguan ialah tentang beberapa negara besar seperti China dan India yang tidak mahu menyertainya dan jika kita lihat negara yang penulis sebutkan tadi mempunyai kuasa ekonomi yang kuat dan antara pemain yang hebat dalam arena ini.
Beberapa negara jiran Malaysia yang tidak mengambil bahagian dalam perjanjian ini juga harus diambilkira .
Jika tidak salah penulis, beberapa bahagian dalam perjanjian itu telahpun diputuskan sebagai selesai oleh pihak perunding dimana perkara itulah yang menjadi tanda tanya kepada MTEM tentang apakah isi yang telah dipersetujui dan bagaimana ia akan dilaksanakan bersama hujah risiko untung rugi yang akan ditangung oleh Malaysia.
Penulis bukan pakar ekonomi tetapi bila diterangkan sendiri tentang orang yang arif tentang perkara ini, penulis merasakan perlu ada perbincangan meluas berkenaan dengan isi perjanjian dan kerajaan perlu mengambil masa mengkaji tentang banhtahan yang dibuat oleh badan-badan NGO ini yang juga merupakan pemain dalam sektor ekonomi negara.
Penulis akan cuba mengulas sedikit demi sedikit tentang TPPA ini dalam beberapa artikel akan datang dan diharap ianya akan menjadi panduan dan seterusnya membawa kepada bantahan yang lebih besar dalam "KEMPEN BANTAH TPPA" untuk kebaikan dan masa depan negara.

Friday 23 August 2013

Pasangan blogger seks Alvin Tan dan Vivian Lee muncul balik



KUALA LUMPUR: Pasangan blogger seks Alvin Tan dan Vivian Lee dijangka akan mencabar satu dari tiga pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka, kata peguam yang mewakili mereka, Choong Joo Tian.
 
Pertuduhan itu adalah 'menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan termasuk menyebarkan kebencian atau mempunyai niat jahat memburukkan agama'.    
 
Cabaran itu akan dibuat mengikut Seksyen 298A, Kanun Keseksaan.
 
Hakim Dazuki Ali menetapkan 19 September untuk sebutan semula perbicaraan kes mereka hari ini.
 
Pada 18 Julai, pasangan itu, yang dikenali sebagai Alvivi, didakwa melakukan tiga kesalahan di bawah Akta Hasutan, Akta Penapisan Filem dan Kanun Keseksaan.
 
Mereka bakal berhadapan hukuman hukuman penjara maksimum 15 tahun masing-masing, dengan denda, jika sabit kesalahan atas tiga tuduhan itu.
 
Kedua-duanya didakwa membuat hasutan memuat naik  di laman  Facebook bertajuk "Alvin dan Vivian-Alvivi" di https://www.facebook.com/alvivi.swingers dengan gambar bertajuk "Selamat Berbuka Puasa DENGAN Bak Kut Teh .. Wangi, enak, menyelerakan! "dengan logo Halal di sebelahnya.
 
Pentadbir Facebook  menutup halaman mereka tidak berapa lama selepas itu.
 
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di 568-14-18 Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, Kuala Lumpur, antara 11 Julai dan 12.
 
Mereka juga didakwa memuat naik gambar lucah mereka di http://alviviswingers.tumblr.com/ antara pukul 9 pagi pada 6 Julai dan 2 pagi pada hari berikutnya. 

Kes Altantuya: Keputusan Mahkamah Dan Hipokrasi Pembangkang.



Inilah Tweet terbaru Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan hari ini berhubung kes bunuh Altantuya Shaaribu.

Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan bekas Pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) Cif Inspektor Azilah Hadri dan bekas Koperal Sirul Azhar Umar daripada sabitan hukuman mati atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lalu. Boleh baca di sinihttp://twtlike.com/106


Kalau semalam pemimpin PR dilihat membisu berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang memihak kepada umat Islam dalam kes penggunaan kalimah Allah, tetapi nampaknya Rafizi dan rakan-rakan PR lebih berminat dalam isu ini. Kita sedia maklum PR sebelum ini bermati-matian mahu mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan keluarga DS Najin Tun Razak walaupun sehingga kini tiada bukti konkrit untuk menyokong fitnah tersebut.

Kalau baca Tweet ini, kita boleh mengandaikan Rafizi seolah-olah cuba mempersoalkan keputusan mahkamah.

Saya faham kalau Rafizi berminat dalam isu ini kerana ia adalah kes berprofil tinggi. Tetapi kes ini baru sahaja diputuskan, belum ada laporan terperinci daripada mana-mana media mengenainya termasuk faktor kenapa mahkamah buat keputusan sedemikian, tetapi Rafizi dan konco-konconya sudah buat bermacam andaian.

Sudah menjadi kelaziman, kalau mahkamah memihak kepada pembangkang, Rafizi dan konco-konconya bersorak gembira, tetapi kalau sebaliknya, mereka berlumba-lumba mempersenda mahkamah dan tuduh mahkamah "sudah dicucuk hidung".

Bagi pembangkang, mahkamah adalah adil apabila membebaskan DS Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat Saiful Bukhari walaupun ramai beranggapan barisan pendakwaan ketika itu berjaya membuktikan adanya sampel air mani yang disahkan milik Anwar yang ditemui didalam dubur Saiful. Ini bermakna dari segi perlakuan, kegiatan “liwat” mungkin sudah berlaku.

Tetapi, ketika itu, semua itu tidak menjadi hal kepada pembangkang. Malah, DS Anwar Ibrahim ketika itu memuji dengan mengatakan kononnya mahkamah kita sudah bebas daripada cengkaman kerajaan. Tuduhan mengatakan pendakwaan terhadap DS Anwar Ibrahim adalah satu konspirasi politik terus lenyap begitu sahaja.

Bagi pembangkang, mahkamah juga adil apabila pemimpin mereka menang ratusan ribu ringgit dalam kes-kes saman melibatkan media, walaupun rata-ratanya bersifat teknikal. Masa itu, tiada pula suara-suara mengatakan mahkamah dicucuk hidung.

Apapun, biarlah kita tunggu apa perincian keputusan terbaharu mahkamah hari ini. Kita kena bersifat objektif dan tidak membuat penilaian bersandarkan motif politik semata-mata. Hormatilah institusi kehakiman - AMG

Nota: Ketika mahkamah membebaskan Anwar dahulu, Rafizi dan konco-konconya tidak pula membuat Tweet begini:

Shock & Horror Saiful Sodomy case: Initially there is penetration, now there's not even sodomite. Who sodomizing Saiful Bukhari? Even Detective Conan can not solve this case.




sumber

Sirul, Azilah Bebas Pertuduhan Bunuh Altantuya!!!




Dua bekas komando polis bebas hari ini selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan mengubah sabitan terhadap mereka atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Panel tiga hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan sebulat suara membenarkan permohonan rayuan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar.


Kedua-duanya sebelum ini disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh model dan penterjemah, Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada 2006.

Thursday 22 August 2013

Ketua Hindraf P Waythamoorthy Bela Penjenayah!!!

Bela Penjenayah, Ketua Hindraf Lunyai Di Hentam Ketua Polis Negara!

“Semasa polis terkorban mempertahankan tanah air di Lahad Datu, kita dikatakan berdrama.
“Bila tembak menembak berlaku di sana sini, mereka kata polis berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa.
Bila penjenayah ditembak mati, mereka kata polis (bersikap) melulu dan zalim.
“Apa ni? Apa wayang dia orang main pula?”
Itulah perkataan yang terkeluar dari mulut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Ibrahim tatkala ditanya mengetai kritikan yang dilemparkan oleh Ketua Hindraf yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy.
Memetik laporan Malaysiakini, Khalid ternyata kesal dengan kenyataan Timbalan Menteri berkenaan yang dilihat cuba memperkecilkan usaha PDRM mengekang aktiviti jenayah.
“Kita tidak peduli orang cakap, kita ada tugas untuk laksanakan. Kita akan jalankan tugas kita dalam memastikan rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat,” ujarnya Ops Cantas dilancarkan oleh PDRM

SUMBER-
 Berita Nasional

Kalimah Allah: Permohonan Gereja Ditolak oleh Mahkamah Rayuan



ANGGOTA pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di luar perkarangan Istana Kehakiman ketika kes rayuan penggunaan kalimah Allah oleh akhbar mingguan Herald di Putrajaya hari ini. - UTUSAN/HANAFI KHAMIS

PUTRAJAYA 22 Ogos - Mahkamah Rayuan sebentar tadi membuat keputusan menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan dan majlis agama Islam berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Hakim Datuk Rohana Yusuf. - UTUSAN ONLINE

PAS Nak Hapuskan Sistem Sultan



Blogger pro PAS, Wan Ji Wan Husein hari ini mengesahkan dia adalah individu yang bercakap dalam satu rakaman video bertajuk “[TERGEMPAR] Ust Wan Ji Hapuskan Sistem Sultan”.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Wan Ji berkata dia memberi contoh bagaimana Nabi Muhammad SAW yang selalu membuat perancangan untuk masa depan dan beliau memberi pelbagai contoh, termasuk tentang Sultan.

“Saya telah memberikan contoh-contoh tentang bagaimana Nabi Muhammad sentiasa membuat perancangan untuk masa depan. Saya telah memberikan banyak contoh, contoh Sultan adalah salah seorang daripadanya,” katanya.

Wan Ji seorang blogger pro Pas yang juga dikenali sebagai Wan Ji Al Bakistani dilaporkan berkata usaha memuat turunkan rakaman video 3 minit itu berkemungkinan sebagai usaha sabotaj di kalangan partinya sendiri.

“Ini boleh dilakukan kerana saya tidak bersetuju dengan pandangan beberapa sayap ulama PAS, supaya orang melihat saya sebagai anti-ulama,” katanya sambil menjelaskan bahawa dia tidak mengintai apa-apa jawatan dalam pemilihan Muktamar parti itu yang dijadualkan pada November ini.

Dalam rakaman video itu, Wan Ji menyebut beberapa perancangannya untuk menghapuskan institusi Kesultanan Melayu di Malaysia yang bermula dari tahun 2011 hingga diganti dengan sistem pemerintahan sistem Republik Malaysia pada tahun 2030.

Perancangan pertama : Menyamakan Sultan dengan Syaitan.

Perancangan kedua : Membuat provokasi terhadap institusi Raja-raja Melayu hingga ditangkap polis.

Dalam perancangan kedua itu, Wan Ji merujuk kepada seorang individu bernama ‘Aduka Teruna’, seorang lagi blogger pro Pas yang pernah ditahan polis pada tahun 2010 berhubung kenyataannya yang disifatkan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Perancangan ketiga dan seterusnya kata Wan Ji bermula dari tahun 2013 hingga 2030.

“Kita dah buat perancangan. Sebenarnya game (perancangan) ana (saya) ini awal lagi, 2011 dah ada.

“Apa ana punya game? Game ana, tahun yang pertama, ana nak buat game orang kata sultan syaitan. Mulut orang, syaitan, syaitan, syaitan dan terbukti berjaya.

“Game yang kedua, 2012 dan 2013, macam mana nak letup bagi gegar sikit?

“Mesti ada orang kena tangkap kerana faktor sultan. Maka lahirlah orang nama Aduka Taruna, Ahmad Abd. Jalil dan ada orang namanya, Wan Ji. Game tu dah berjaya, sekarang fikir game 2013. Apa nak buat? Itu aku tak boleh cerita. Maknanya, dia ada game step by step (langkah demi langkah) untuk mencapai kejayaan sultan zero. Inflasi sultan,” katanya di dalam video tersebut.

Wan Ji turut menyifatkan sistem kesultanan negara ini membawa banyak kemudaratan berbanding kebaikan.

“Sultan, monarki ini ada baik sikit tetapi mudaratnya banyak. Hukum lebih kurang macam babi juga.

“Habis duit rakyat, mengarahkan sesuka hati, banyak dasar yang agak terbantut kerana faktor sultan, tak lantik Exco, menyusahkan orang, goyang kaki, pembaziran. Baik sikit je kot, nak jaga Melayu je,” ujarnya di akhir rakaman video berkenaan.

sumber -malaysiakini

DAP Cabar Timbalan Menteri!!!


DAP menuntut janji Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang akan 
mempertimbangkan pemimpin pembangkang untuk melawat tapak pembinaan KLIA2. Tony Pua berkata, sejak dua tahun lalu pihaknya meminta satu sesi perjumpaan dengan menteri dan untuk melawat ke tapak pembinaan KLIA2 dan kali terakhir dilakukan ketika sidang Parlimen pada bulan Jun.
“Jika Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi begitu yakin bahawa pembinaan KLIA2 berjalan lancar seperti dijadualkan, apa sebabnya sehingga hari ini kementerian masih enggan menjemput ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) untuk melawat tapak kerja KLIA2?” soal Setiausaha Publisiti DAP itu dalam satu kenyataan hari ini.

"Abdul Aziz pada Selasa memberi jaminan pembinaan KLIA2 berjalan lancar seperti dijadualkan dan berpuas hati dengan kerja dilaksanakan kontraktor,” katanya.
 Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein juga memberikan jaminan sebelum ini KLIA2 akan memulakan operasi pada 2 Mei 2014 dan tidak akan ditunda lagi. 
"Jaminan sebelum ini diberikan kerajaan dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bahawa kos tidak akan meningkat dan kerja pembinaan mengikut jadual tetapi akhirnya, MAHB terpaksa mengakui bahawa projek ini tidak dapat disiap mengikut jadual dan kos melonjak ke RM4 bilion," katanya.
Pua berkata, Abdul Aziz dilantik sebagai Ketua Jawatankuasa Kerja KLIA2 yang berkuasa untuk melibatkan PR dalam satu lawatan ke tapak pembinaan tetapi nampaknya pihak kementerian langsung tidak bersifat telus dan tidak berani berbuat begitu kerana adanya “udang di sebalik batu”.
"Akibat peningkatan kos, MAHB sekarang dilaporkan terpaksa meminjam lagi sebanyak RM1 bilion melalui penawaran sukuk dengan kos yang lebih tinggi," katanya.
Katanya, sikap kerahsiaan MAHB dan kementerian menunjukkan segala jaminan yang diberi oleh kedua-dua pihak adalah jaminan kosong dan ada isu besar ingin dikuburkan supaya rakyat tidak akan mengetahui kebenaran atau pihak yang bersalah tidak akan dikenakan sebarang hukuman.
Pembinaan KLIA2 sepatutnya siap pada September 2011, dan peningkatan kos pembinaan daripada RM1.7 bilion kepada RM4 bilion dibangkitkan oleh ahli parlimen PR sejak dua tahun lalu.
sumber

Wednesday 21 August 2013

‘Endless Possibilities’ pelengkap, bukan pengganti 1Malaysia




 Kempen terbaru Putrajaya berslogan `Endless Possibilities’ akan melengkapkan lagi, bukan mengganti 1Malaysia yang diperkenalkan sejak tahun 2009, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak  hari ini.
 Najib berkata, ia adalah `kempen komplementari’ dan kempen terkini itu adalah sebahagian daripada pelan menjenamakan negara.
“Ini akan mempromosikan Malaysia,” katanya ketika menjawab soalan pemberita di jamuan hari terbuka jabatannya di Putrajaya, hari ini.
 Najib dilihat mengenakan lencana baru kempen terkini itu sebagai tambahan terhadap lencana logo 1Malaysia.Slogan 1Malaysia dengan tagline `Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan' dipersendakan kerana maksudnya yang kabur dan pengkritik menyatakan ia tidak mampu menyatukan rakyat Malaysia, termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad."Saya tidak jelaskan konsepnya, tetapi itu yang direka," kata bekas perdana menteri dalam satu temubual Disember lalu.
Najib berkata, beliau memutuskan bahawa ia perlu ada `elemen strategi tidak jelas yang membawa pelbagai makna' ketika beliau memperkenalkannya tiga tahun lalu, bagi membolehkan konsep itu diperluas untuk memasukkan pendapat lain daripada masyarakat.Tetapi, jabatan kerajaan, agensi dan usahawan mengambil slogan 1Malaysia, menghasilkan pelbagai program, insiatif, produk dan perkhidmatan berdasarkan kepada tema itu, termasuk stesen radio dan tandas awam.
Bagaimanapun, slogan itu gagal membantu Najib mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya pada 5 Mei lalu apabila Barisan Nasional (BN) hanya mampu mendapat 133 kerusi parlimen, kurang tujuh daripada 140 kerusi yang dimenangi dalam Pilihan Raya 2008.Sejak PRU13, slogan 1Malaysia tidak lagi digunakan, sama ada daripada kerajaan atau rakyat walaupun ia begitu giat ditonjolkan dalam kempen pilihan raya dan jelajah Janji Ditepati BN.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa slogan `Endless Possibilities' sebenarnya mahu dilancarkan sebelum hari mengundi, tetapi kerajaan menangguhkannya bagi mencegah kemungkinan berlaku kekeliruan.Pos Malaysia sudah merancang untuk melancarkan setem baru bertajuk Malaysia: Endless Possibilities pada 30 Mei 2013 tetapi tidak ada tanda set setem itu. Sumber berkata, kempen baru itu sebenarnya bermula pada awal tahun ini di majlis berprestij Forum Eknomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland dan dalam beberapa program Pelancongan Malaysia.
Klip video berdurasi 60 saat yang memaparkan Najib juga dilancarkan dan disiarkan oleh penyiar berita global CNN.
"Taklimat ringkas daripada Pejabat Perdana Menteri ialah untuk mempromosi Malaysia sebagai negara yang dinamik dengan infrastruktur lengkap membangun dan pelan pembangunan ekonomi agresif untuk masa depan.
"Dengan memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, klip video itu disiarkan menerusi CNN untuk menarik pelabur dan syarikat asing ke dalam negara," menurut penjelasan yang diletakkan bersama klip video itu dalam laman YouTube.