Friday, 23 August 2013

Kes Altantuya: Keputusan Mahkamah Dan Hipokrasi Pembangkang.



Inilah Tweet terbaru Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan hari ini berhubung kes bunuh Altantuya Shaaribu.

Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan bekas Pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) Cif Inspektor Azilah Hadri dan bekas Koperal Sirul Azhar Umar daripada sabitan hukuman mati atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lalu. Boleh baca di sinihttp://twtlike.com/106


Kalau semalam pemimpin PR dilihat membisu berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang memihak kepada umat Islam dalam kes penggunaan kalimah Allah, tetapi nampaknya Rafizi dan rakan-rakan PR lebih berminat dalam isu ini. Kita sedia maklum PR sebelum ini bermati-matian mahu mengaitkan pembunuhan Altantuya dengan keluarga DS Najin Tun Razak walaupun sehingga kini tiada bukti konkrit untuk menyokong fitnah tersebut.

Kalau baca Tweet ini, kita boleh mengandaikan Rafizi seolah-olah cuba mempersoalkan keputusan mahkamah.

Saya faham kalau Rafizi berminat dalam isu ini kerana ia adalah kes berprofil tinggi. Tetapi kes ini baru sahaja diputuskan, belum ada laporan terperinci daripada mana-mana media mengenainya termasuk faktor kenapa mahkamah buat keputusan sedemikian, tetapi Rafizi dan konco-konconya sudah buat bermacam andaian.

Sudah menjadi kelaziman, kalau mahkamah memihak kepada pembangkang, Rafizi dan konco-konconya bersorak gembira, tetapi kalau sebaliknya, mereka berlumba-lumba mempersenda mahkamah dan tuduh mahkamah "sudah dicucuk hidung".

Bagi pembangkang, mahkamah adalah adil apabila membebaskan DS Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat Saiful Bukhari walaupun ramai beranggapan barisan pendakwaan ketika itu berjaya membuktikan adanya sampel air mani yang disahkan milik Anwar yang ditemui didalam dubur Saiful. Ini bermakna dari segi perlakuan, kegiatan “liwat” mungkin sudah berlaku.

Tetapi, ketika itu, semua itu tidak menjadi hal kepada pembangkang. Malah, DS Anwar Ibrahim ketika itu memuji dengan mengatakan kononnya mahkamah kita sudah bebas daripada cengkaman kerajaan. Tuduhan mengatakan pendakwaan terhadap DS Anwar Ibrahim adalah satu konspirasi politik terus lenyap begitu sahaja.

Bagi pembangkang, mahkamah juga adil apabila pemimpin mereka menang ratusan ribu ringgit dalam kes-kes saman melibatkan media, walaupun rata-ratanya bersifat teknikal. Masa itu, tiada pula suara-suara mengatakan mahkamah dicucuk hidung.

Apapun, biarlah kita tunggu apa perincian keputusan terbaharu mahkamah hari ini. Kita kena bersifat objektif dan tidak membuat penilaian bersandarkan motif politik semata-mata. Hormatilah institusi kehakiman - AMG

Nota: Ketika mahkamah membebaskan Anwar dahulu, Rafizi dan konco-konconya tidak pula membuat Tweet begini:

Shock & Horror Saiful Sodomy case: Initially there is penetration, now there's not even sodomite. Who sodomizing Saiful Bukhari? Even Detective Conan can not solve this case.




sumber

Sirul, Azilah Bebas Pertuduhan Bunuh Altantuya!!!




Dua bekas komando polis bebas hari ini selepas Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan mereka dan mengubah sabitan terhadap mereka atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006.

Panel tiga hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan sebulat suara membenarkan permohonan rayuan bekas ketua inspektor Azilah Hadri dan bekas korperal Sirul Azhar Umar.


Kedua-duanya sebelum ini disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh model dan penterjemah, Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada 2006.

Thursday, 22 August 2013

Ketua Hindraf P Waythamoorthy Bela Penjenayah!!!

Bela Penjenayah, Ketua Hindraf Lunyai Di Hentam Ketua Polis Negara!

“Semasa polis terkorban mempertahankan tanah air di Lahad Datu, kita dikatakan berdrama.
“Bila tembak menembak berlaku di sana sini, mereka kata polis berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa.
Bila penjenayah ditembak mati, mereka kata polis (bersikap) melulu dan zalim.
“Apa ni? Apa wayang dia orang main pula?”
Itulah perkataan yang terkeluar dari mulut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Ibrahim tatkala ditanya mengetai kritikan yang dilemparkan oleh Ketua Hindraf yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy.
Memetik laporan Malaysiakini, Khalid ternyata kesal dengan kenyataan Timbalan Menteri berkenaan yang dilihat cuba memperkecilkan usaha PDRM mengekang aktiviti jenayah.
“Kita tidak peduli orang cakap, kita ada tugas untuk laksanakan. Kita akan jalankan tugas kita dalam memastikan rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat,” ujarnya Ops Cantas dilancarkan oleh PDRM

SUMBER-
 Berita Nasional

Kalimah Allah: Permohonan Gereja Ditolak oleh Mahkamah Rayuan



ANGGOTA pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul di luar perkarangan Istana Kehakiman ketika kes rayuan penggunaan kalimah Allah oleh akhbar mingguan Herald di Putrajaya hari ini. - UTUSAN/HANAFI KHAMIS

PUTRAJAYA 22 Ogos - Mahkamah Rayuan sebentar tadi membuat keputusan menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan dan majlis agama Islam berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Hakim Datuk Rohana Yusuf. - UTUSAN ONLINE

PAS Nak Hapuskan Sistem Sultan



Blogger pro PAS, Wan Ji Wan Husein hari ini mengesahkan dia adalah individu yang bercakap dalam satu rakaman video bertajuk “[TERGEMPAR] Ust Wan Ji Hapuskan Sistem Sultan”.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Wan Ji berkata dia memberi contoh bagaimana Nabi Muhammad SAW yang selalu membuat perancangan untuk masa depan dan beliau memberi pelbagai contoh, termasuk tentang Sultan.

“Saya telah memberikan contoh-contoh tentang bagaimana Nabi Muhammad sentiasa membuat perancangan untuk masa depan. Saya telah memberikan banyak contoh, contoh Sultan adalah salah seorang daripadanya,” katanya.

Wan Ji seorang blogger pro Pas yang juga dikenali sebagai Wan Ji Al Bakistani dilaporkan berkata usaha memuat turunkan rakaman video 3 minit itu berkemungkinan sebagai usaha sabotaj di kalangan partinya sendiri.

“Ini boleh dilakukan kerana saya tidak bersetuju dengan pandangan beberapa sayap ulama PAS, supaya orang melihat saya sebagai anti-ulama,” katanya sambil menjelaskan bahawa dia tidak mengintai apa-apa jawatan dalam pemilihan Muktamar parti itu yang dijadualkan pada November ini.

Dalam rakaman video itu, Wan Ji menyebut beberapa perancangannya untuk menghapuskan institusi Kesultanan Melayu di Malaysia yang bermula dari tahun 2011 hingga diganti dengan sistem pemerintahan sistem Republik Malaysia pada tahun 2030.

Perancangan pertama : Menyamakan Sultan dengan Syaitan.

Perancangan kedua : Membuat provokasi terhadap institusi Raja-raja Melayu hingga ditangkap polis.

Dalam perancangan kedua itu, Wan Ji merujuk kepada seorang individu bernama ‘Aduka Teruna’, seorang lagi blogger pro Pas yang pernah ditahan polis pada tahun 2010 berhubung kenyataannya yang disifatkan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Perancangan ketiga dan seterusnya kata Wan Ji bermula dari tahun 2013 hingga 2030.

“Kita dah buat perancangan. Sebenarnya game (perancangan) ana (saya) ini awal lagi, 2011 dah ada.

“Apa ana punya game? Game ana, tahun yang pertama, ana nak buat game orang kata sultan syaitan. Mulut orang, syaitan, syaitan, syaitan dan terbukti berjaya.

“Game yang kedua, 2012 dan 2013, macam mana nak letup bagi gegar sikit?

“Mesti ada orang kena tangkap kerana faktor sultan. Maka lahirlah orang nama Aduka Taruna, Ahmad Abd. Jalil dan ada orang namanya, Wan Ji. Game tu dah berjaya, sekarang fikir game 2013. Apa nak buat? Itu aku tak boleh cerita. Maknanya, dia ada game step by step (langkah demi langkah) untuk mencapai kejayaan sultan zero. Inflasi sultan,” katanya di dalam video tersebut.

Wan Ji turut menyifatkan sistem kesultanan negara ini membawa banyak kemudaratan berbanding kebaikan.

“Sultan, monarki ini ada baik sikit tetapi mudaratnya banyak. Hukum lebih kurang macam babi juga.

“Habis duit rakyat, mengarahkan sesuka hati, banyak dasar yang agak terbantut kerana faktor sultan, tak lantik Exco, menyusahkan orang, goyang kaki, pembaziran. Baik sikit je kot, nak jaga Melayu je,” ujarnya di akhir rakaman video berkenaan.

sumber -malaysiakini

DAP Cabar Timbalan Menteri!!!


DAP menuntut janji Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang akan 
mempertimbangkan pemimpin pembangkang untuk melawat tapak pembinaan KLIA2. Tony Pua berkata, sejak dua tahun lalu pihaknya meminta satu sesi perjumpaan dengan menteri dan untuk melawat ke tapak pembinaan KLIA2 dan kali terakhir dilakukan ketika sidang Parlimen pada bulan Jun.
“Jika Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi begitu yakin bahawa pembinaan KLIA2 berjalan lancar seperti dijadualkan, apa sebabnya sehingga hari ini kementerian masih enggan menjemput ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) untuk melawat tapak kerja KLIA2?” soal Setiausaha Publisiti DAP itu dalam satu kenyataan hari ini.

"Abdul Aziz pada Selasa memberi jaminan pembinaan KLIA2 berjalan lancar seperti dijadualkan dan berpuas hati dengan kerja dilaksanakan kontraktor,” katanya.
 Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein juga memberikan jaminan sebelum ini KLIA2 akan memulakan operasi pada 2 Mei 2014 dan tidak akan ditunda lagi. 
"Jaminan sebelum ini diberikan kerajaan dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bahawa kos tidak akan meningkat dan kerja pembinaan mengikut jadual tetapi akhirnya, MAHB terpaksa mengakui bahawa projek ini tidak dapat disiap mengikut jadual dan kos melonjak ke RM4 bilion," katanya.
Pua berkata, Abdul Aziz dilantik sebagai Ketua Jawatankuasa Kerja KLIA2 yang berkuasa untuk melibatkan PR dalam satu lawatan ke tapak pembinaan tetapi nampaknya pihak kementerian langsung tidak bersifat telus dan tidak berani berbuat begitu kerana adanya “udang di sebalik batu”.
"Akibat peningkatan kos, MAHB sekarang dilaporkan terpaksa meminjam lagi sebanyak RM1 bilion melalui penawaran sukuk dengan kos yang lebih tinggi," katanya.
Katanya, sikap kerahsiaan MAHB dan kementerian menunjukkan segala jaminan yang diberi oleh kedua-dua pihak adalah jaminan kosong dan ada isu besar ingin dikuburkan supaya rakyat tidak akan mengetahui kebenaran atau pihak yang bersalah tidak akan dikenakan sebarang hukuman.
Pembinaan KLIA2 sepatutnya siap pada September 2011, dan peningkatan kos pembinaan daripada RM1.7 bilion kepada RM4 bilion dibangkitkan oleh ahli parlimen PR sejak dua tahun lalu.
sumber

Wednesday, 21 August 2013

‘Endless Possibilities’ pelengkap, bukan pengganti 1Malaysia




 Kempen terbaru Putrajaya berslogan `Endless Possibilities’ akan melengkapkan lagi, bukan mengganti 1Malaysia yang diperkenalkan sejak tahun 2009, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak  hari ini.
 Najib berkata, ia adalah `kempen komplementari’ dan kempen terkini itu adalah sebahagian daripada pelan menjenamakan negara.
“Ini akan mempromosikan Malaysia,” katanya ketika menjawab soalan pemberita di jamuan hari terbuka jabatannya di Putrajaya, hari ini.
 Najib dilihat mengenakan lencana baru kempen terkini itu sebagai tambahan terhadap lencana logo 1Malaysia.Slogan 1Malaysia dengan tagline `Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan' dipersendakan kerana maksudnya yang kabur dan pengkritik menyatakan ia tidak mampu menyatukan rakyat Malaysia, termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad."Saya tidak jelaskan konsepnya, tetapi itu yang direka," kata bekas perdana menteri dalam satu temubual Disember lalu.
Najib berkata, beliau memutuskan bahawa ia perlu ada `elemen strategi tidak jelas yang membawa pelbagai makna' ketika beliau memperkenalkannya tiga tahun lalu, bagi membolehkan konsep itu diperluas untuk memasukkan pendapat lain daripada masyarakat.Tetapi, jabatan kerajaan, agensi dan usahawan mengambil slogan 1Malaysia, menghasilkan pelbagai program, insiatif, produk dan perkhidmatan berdasarkan kepada tema itu, termasuk stesen radio dan tandas awam.
Bagaimanapun, slogan itu gagal membantu Najib mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya pada 5 Mei lalu apabila Barisan Nasional (BN) hanya mampu mendapat 133 kerusi parlimen, kurang tujuh daripada 140 kerusi yang dimenangi dalam Pilihan Raya 2008.Sejak PRU13, slogan 1Malaysia tidak lagi digunakan, sama ada daripada kerajaan atau rakyat walaupun ia begitu giat ditonjolkan dalam kempen pilihan raya dan jelajah Janji Ditepati BN.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa slogan `Endless Possibilities' sebenarnya mahu dilancarkan sebelum hari mengundi, tetapi kerajaan menangguhkannya bagi mencegah kemungkinan berlaku kekeliruan.Pos Malaysia sudah merancang untuk melancarkan setem baru bertajuk Malaysia: Endless Possibilities pada 30 Mei 2013 tetapi tidak ada tanda set setem itu. Sumber berkata, kempen baru itu sebenarnya bermula pada awal tahun ini di majlis berprestij Forum Eknomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland dan dalam beberapa program Pelancongan Malaysia.
Klip video berdurasi 60 saat yang memaparkan Najib juga dilancarkan dan disiarkan oleh penyiar berita global CNN.
"Taklimat ringkas daripada Pejabat Perdana Menteri ialah untuk mempromosi Malaysia sebagai negara yang dinamik dengan infrastruktur lengkap membangun dan pelan pembangunan ekonomi agresif untuk masa depan.
"Dengan memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, klip video itu disiarkan menerusi CNN untuk menarik pelabur dan syarikat asing ke dalam negara," menurut penjelasan yang diletakkan bersama klip video itu dalam laman YouTube.