Sunday, 29 September 2013

Perpaduan kaum tidak dicapai selagi ada sekolah vernakular




Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menegaskan perpaduan antara kaum di Malaysia tidak akan tercapai selagi sekolah vernakular wujud di Malaysia.

Yang Dipertuanya, Profesor Madya Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata selagi tiada sekolah satu aliran, perpaduan nasional tidak akan dicapai.

“Mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew mengambil langkah bijak semasa keluar dari Malaysia, langkah pertama yang dilaksanakan adalah sekolah satu aliran menggunakan pengantaraan Bahasa Inggeris.

“Memang benar pendidikan dalam bahasa Cina masih diajar di Singapura tetapi ianya merupakan inisiatif institusi pendidikan swasta dan bukannya ditanggung kerajaan seperti sekolah jenis kebangsaan di Malaysia. 

“Jika di peringkat sekolah rendah lagi tiada interaksi kaum di antara murid dan majikan Cina masih mahu mengambil pekerja fasih berbahasa Mandarin atau Kantonis, maka selagi itulah sikap prejudis antara kaum tidak dapat dihakis daripada budaya masyarakat Malaysia,” katanya dalam satu simposium “Mendepani Agenda Asing dan Melayu Dalam Krisis Kepimpinan” yang diadakan di Putrajaya semalam.


Pendek tapi sarat dengan poin2 ....  paling menarik bila sistem pendidikan Singapura dijadikan contoh. Hubungkait Konsep Satu Sekolah dan Perpaduan itu yang ditekankan. Perkara ini tidak mampu disangkal oleh Ngo2 Cina terutama DongZong ... termasuk Bapa Vernakular kita. 

Sebab itu kita tidak pernah dengar hujah mereka ( termasuk dari Bapa Vernakular ) bagaimana sistem vernakular mampu menyumbang kepada perpaduan kaum. Yang sering kita dengar adalah hujah yang cuba menyimpang dari tajuk yakni - banyak faktor lain juga terlibat... Tapi yang sedang dibincangkan adalah kaitan sistem sekolah DAN  Perpaduan BUKANNYA faktor2 lain itu.

Yang dapat dirumuskan dari sistem pendidikan yang negara kita amalkan adalah - Soal Politik lebih diutamakan dari isu Perpaduan Kaum ! 

Bila asasnya dah tak betul, maka usaha2 tempelan ( ala stiker ) konon bagi menunjukkan kerajaan begitu perihatin dengan soal perpaduan, tidak akan kemana. Ini termasuklah program RIMUP mahupun PLKN.

Yang dijaja adalah TEORI bagaimana program2 seumpama itu mampu merapatkan jurang perkauman tapi yang NYATA, semuanya tidak berkesan. 

sumber

Saturday, 28 September 2013

TITIK HITAM DAP YANG MEMBAWA KEPADA MALA PETAKA DAN KEMUSNAHAN


Tarikh 4 Januari 2013 adalah satu tarikh titik hitam dalam sejarah DAP. Kebinasaan terhadap DAP bermula dari tarikh tersebut hasil kerja Dinasti Lim, Anthony Loke dan Tony Pua. 

Pada hari itu Tony Pua membuat pengumuman bahawa terdapat kesilapan pengiraan undi dalam keputusan CEC yang diumumkan pada pada 15 Disember 2012. Tony Pua memberi alasan ianya berpunca dari masalah penjumlahan undi yang dibuat menggunakan sistem Microsoft Excel. Alasan yang menjadi bahan gelak ketawa orang ramai hingga kini. 

Sistem komputer dikatakan silap mengira jumlah undi yang diraih Vincent Wu, calon yang menang di tempat ke 6 dengan dengan bilangan undi 1202 UNDI. Tony Pua menyatakan jumlah undi sebenar yang diraih oleh Vincent Wu hanya 669 undi. 

Bukan hanya itu sahaja, kesilapan bukan setakat Vincent Wu, malah turut melibatkan undi untuk Zairil Khir Johari. Tony Pua menyatakan undi yang diterima Zairil adalah 803 undi dan beliau menang di tempat ke 20. Keputusan yang diumumkan pada 15 Disember 2012 Zairil berada di tempat ke 39 dengan jumlah undi yang diterima 305 undi. 

Perkara tersebut melucukan ahli-ahli DAP dan orang ramai. Mereka tertanya-tanya kenapa komputer hanya tersalah kira undi Zairil dan Vincent Wu sedangkan undi untuk calon-calon lain tidak berubah ? 

Ramai calon-calon CEC yang tewas termasuk P.Ramasamy dan M.Manoharan terus terang memberitahu ramai orang bahawa kemasukkan Zairil ke dalam CEC adalah satu penipuan yang terancang untuk menunjukkan kepada masyarakat umum bahawa orang melayu mempunyai tempat dalam DAP. 


Zairil sendiri pun terkejut dengan kemenangannya dan tidak menyangka dirinya mempunyai ramai penyokong hingga dipilih masuk ke dalam CEC walaupun baru menyertai DAP. 

Nga Kor Ming pula memberitahu salah seorang pemimpin PAS rahsia kehebatan Dinasti Lim mempertahankan kuasa mereka selama ini telah terbongkar. Dengan menggunakan peribahasa melayu Nga Kor Ming berkata “sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga”. Ianya membawa maksud sehebat mana pun melakukan penipuan satu hari tetap terbongkar. Selama puluhan tahun Lim Kit Siang melakukan penipuan dengan memanipulasi undi perwakilan untuk beliau mengekalkan kuasa, akhirnya Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Tony Pua membongkar rahsia tersebut. 

Setelah melakukan titik-titik kebinasaan terhadap DAP , di hari yang sama juga Tony Pua melakukan satu mala petaka terhadap DAP yang boleh membawa kebinasaan yang jauh lebih teruk terhadap parti itu. 

Apa kebinasaan yang jauh lebih besar akan dikongsikan dalam episod akan datang.

DIPETIK

Senarai Harga Rokok Terbaru Yang Akan Naik Bermula 30/9/13




Senarai Harga Rokok Terbaru Yang Akan Naik Bermula 30/9/13

inilah senarai harga baru rokok bagi pek 20batang rokok yang bakal dinaikkan bermula 30 -9-2013 seperti didalam gambar ,

bila ditengok harga rokok Dunhill akan dinaikkan sebanya RM1.50..

DAH MACAM HARGA KFC Dinner Plate dah bila ditengok,,


Naik pun tak ada guna jika masih banyak lagi rokok bebas cukai yang dijual di kedai-kedai runcit,,semurah Rm3-Rm4.50

BERMULANYA HARI KEBINASAAN DAP




Hari ini saya akan terus menulis berkenaan dua orang suruhan setia Dinasti Lim dan permulaan kebinasaan kepada DAP.


Sebaik sahaja calon-calon yang menang dalam pemilihan CEC diumumkan, Lim Guan Eng dengan segera memanggil mesyuarat CEC yang pertama. Di mana dalam mesyuarat itu Lim Guan Eng sekali lagi dipilih oleh ahli CEC sebagai Setiausaha Agung.


Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh Vincent Wu iaitu calon yang menang di tangga ke 6. Kenapa perlu saya timbulkan nama Vincet Wu akan saya jelaskan nanti. 
Selepas selesai Kongres Kebangsaan tersebut keadaan menjadi kecoh apabila pihak media dan orang ramai mempertikaikan ketiadaan seorang pun wakil kaum melayu dalam CEC. Ianya mengesahkan dakwaan sebelum itu bahawa DAP adalah sebuah parti chauvinis cina. 


PAS dan PKR juga turut tertekan keputusan itu. Mereka juga turut memberi tekanan kepada DAP jika isu itu dibiarkan berterusan ianya bakal menyusahkan mereka mendapat sokongan kaum melayu dalam pilihanraya umum ke 13. 

Tekanan yang berterusan diterima selama bermingu-mingu membuatkan Lim Guan Eng tidak tahan. Akhirnya Lim Guan Eng memanggil dua orang suruhannya, Tony Pua dan Anthony Loke untuk melakukan sesuatu bagi memastikan wakil kaum melayu berada dalam CEC. 

Apabila tugas itu diserahkan kepada dua orang tersebut Lim Guan Eng berfikiran semuanya akan selesai dengan mudah kerana dua orang itu sering digambarkan sebagai pakar strategi yang paling hebat. Sebaliknya dua orang itu membawa kebinasaan yang jauh lebih besar kepada DAP. 

Apa kebinasaan yang mereka buat saya akan kongsikan dengan anda dalam dalam siri akan datang. 

DIPETIK

BERMULANYA PENIPUAN DALAM CEC KE 16



Berdasarkan perlembagaan DAP Kongres Kebangsaan untuk memilih CEC diadakan setiap tiga tahun sekali. 

Pada tahun 2012 jumlah cawangan DAP seluruh Malaysia yang mempunyai Sijil A sebanyak 865 cawangan dan cawangan Sijil B pula 150 cawangan. Manakala cawangan penaja pula 70 cawangan. Hanya cawangan Sijil A sahaja yang boleh menghantar perwakilan bagi memilih CEC. 

Kesemua 865 cawangan Sijil A telah selesai mengadakan mesyuarat mereka pada awal tahun 2012 untuk memilih perwakilan ke Kongres Kebangsaan seterusnya mengundi untuk memilih 20 orang anggota CEC. 

Jumlah perwakilan bagi setiap cawangan bergantung kepada jumlah keahlian. 
  • 15-25 ahli – Seorang perwakilan 
  • 26-50 ahli – Dua orang perwakilan tambahan 
  • 51-100 ahli – Seorang perwakilan tambahan 
Cawangan-cawangan yang selesai bermesyuarat akan menghantar senarai nama perwakilan ke pejabat Setiausaha Agung. Jumlah perwakilan untuk 865 cawangan adalah 2576 orang. 

Apabila senarai perwakilan sampai ke tangan Lim Guan Eng, beliau dan bapanya akan membuat semakan terlebih dahulu untuk mengenal pasti perwakilan-perwakilan yang pro mereka dan yang pasti akan memberi undi kepada mereka. 

Lim Guan Eng mahu memastikan bapanya mendapat undi terbanyak dan beliau undi kedua terbanyak. Beliau tidak mahu berada jauh dari kedudukan bapanya. 

Semakan yang dilakukannya mendapati mereka dua beranak akan berada di tangga yang lebih bawah daripada calon-calon lain. Lim Guan Eng menangguh untuk memanggil Kongres Kebangsaan dan meminta dua orang suruhannya iaitu Anthony Loke dan Tony Pua melakukan kajian lanjut ke atas perwakilan bagi mengetahui tahap sokongan mereka terhadap Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan kumpulan Lima Harimau. 

Keputusan kajian yang dilakukan oleh Anthony Loke dan Tony Pua mendapati Lim Kit Siang mampu memperolehi 1060 undi dan berada di tangga ke 11. Lim Guan Eng pula hanya mampu meraih 1029 undi dan berada di tangga ke 13. Manakala kumpulan Lima Harimau menduduki tangga lima teratas. 
  1. Teng Chang Kim - 1905 undi 
  2. Nga Kor Ming – 1828 undi 
  3. Chow Kon Yeow – 1739 undi 
  4. Boo Cheng Hau – 1711 undi 
  5. Ngeh Koo Ham – 1577 undi 
Antara sebab perwakilan tidak mahu mengundi Dinasti Lim kerana sikap bodoh sombong serta angkuh Lim Guan Eng. Manakala perwakilan kaum india pula marah kerana isu Kampung Buah Pala. 

Lim Guan Eng terpaksa menangguhkan lagi untuk memanggil Kongres Kebangsaan kerana sebab-sebab ini. Dia meminta Tony Pua dan Anthony Loke melakukan sesuatu bagi memastikan bapa dia berada di tangga pertama, dia di tangga kedua, Karpal Singh di tangga ketiga dan dua lagi orangnya berada tangga lima teratas menerima undi terbanyak. 

Tahun 2012 semakin hampir ke penghujungnya. Kongres Kebangsaan untuk memilih CEC perlu diadakan sebelum berakhirnya tahun 2012. Sekali lagi Lim Guan Eng mengarahkan Anthony Loke dan Tony Pua melakukan taktik kotor untuk memastikan Dinasti Lim terus menguasai DAP. 

Perlembagaan DAP menetapkan notis untuk memanggil Kongres Kebangsaan perlu diberikan kepada perwakilan dalam tempoh 10 minggu sebelum tarikh kongres. 

Kongres Kebangsaan telah diadakan pada 15 dan 16 Disember 2012 di PISA Pulau Pinang. 

Antara taktik kotor yang digunakan Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Tony Pua seperti berikut. 

1.Mengeluarkan notis kepada perwakilan untuk memanggil Kongres Kebangsaan dalam tempoh kurang dari 10 hari. Ianya dilakukan secara senyap supaya tidak menarik perhatian orang dalam dan luar parti. 

2.Notis hanya diberikan kepada 1726 orang perwakilan dari cawangan Sijil A yang telah dikenal pasti sebagai orangnya. Jumlah keseluruhan perwakilan adalah 2576 orang. Sebanyak 1300 perwakilan yang dikenal pasti menentangnya tidak diberikan notis. 

3.Notis turut diberi kepada 547 orang perwakilan haram yang dipilih oleh Anthony Loke dan Tony Pua yang mana 547 orang itu adalah orang-orang yang boleh mengikuti arahan mereka. 

4. Perwakilan tidak dibekalkan senarai 2576 orang yang layak mengundi pada hari berkenaan. Sedangkan perlembagaan menetapkan setiap perwakilan perlu diberikan senarai perwakilan-perwakilan yang layak mengundi untuk memilih CEC. 

5.Lim Guan Eng melantik pembantu setia bapanya, Pooi Weng Keong sebagai pegawai pengurus pemilihan. 

6.Tempat mengundi dan kotak undi berasingan untuk 547 perwakilan haram yang dipilih oleh Anthony Loke dan Tony Pua. Satu laluan khusus telah disediakan untuk perwakilan haram ke tempat pengundian supaya tidak disedari oleh perwakilan lain dan kumpulan Lima Harimau. 

7.Perwakilan haram hanya diminta mengundi enam nama sahaja, sepatutnya mereka perlu mengundi 20 nama untuk mengisi CEC. Mereka hanya diminta untuk mengundi Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Chong Chieng Jin, Anthony Loke dan Vincent Wu. Selebihnya 14 nama lagi akan ditandakan oleh pasukan yang diketuai Anthony Loke dan Tony Pua. 

Kebiasaanya keputusan pemilihan CEC yang sebelum itu akan diumumkan sekitar jam 5 atau 6 petang. Bagaimanapun untuk CEC ke 16 ianya berlaku kelewatan yang ketara. Ini disebabkan pasukan Anthony Loke dan Tony Pua memerlukan masa yang panjang untuk membahagi-bahagikan 7658 undi yang dikosongkan oleh 547 perwakilan haram supaya ianya nampak logik dan tidak dipertikaikan oleh perwakilan yang sah. 

Akhirnya keputusan CEC diumumkan menjelang jam 9 malam. Keputusannya sama seperti yang dirancangkan oleh Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Tony Pua. 
  1. Lim Kit Siang – 1607 undi 
  2. Lim Guan Eng – 1576 undi 
  3. Karpal Singh – 1411 undi 
  4. Chong Chieng Jin – 1211 undi 
  5. Anthony Loke – 1202 undi 
  6. Vincent Wu – 1202 undi 
  7. Tan Kok Wai – 1199 undi 
  8. Gobind Singh – 1197 undi 
  9. Tony Pua – 1162 undi 
  10. Teng Chang Kim – 1152 undi 
  11. Fong Kui Lun – 1137 undi 
  12. Nga Kor Ming – 1075 undi 
  13. Chong Eng – 1006 undi 
  14. Chow Kon Yeow – 986 undi 
  15. Liew Chin Tong – 984 undi 
  16. M. Kulasegaran – 984 undi 
  17. Boo Cheng Hau – 958 undi 
  18. Teresa Kok – 925 undi 
  19. Teo Nie Ching – 903 undi 
  20. Ngeh Koo Ham – 824 undi 
Apabila keputusan diumumkan, ahli senior DAP,Dr Tan Seng Giaw menjadi marah dan membuat kecaman secara terbuka bahawa terdapat penipuan dan manipulasi undi. Ramai perwakilan dan calon-calon CEC terkejut bagaimana Anthony Loke, Vincent Wu dan Tony Pua mendapat undi yang begitu tinggi mengatasi mereka yang lebih senior dan mempunyai penyokong yang ramai seperti Teng Chang Kim, Boo Cheng Hau dan Chow Kon Yeow. Mereka merasakan ini satu keputusan yang tidak masuk akal. 

Apa yang terjadi seterusnya ? Saya akan dedahkan dalam episod yang akan datang.

DIPETIK

Harga Minyak RON95 Kekal RM2.10

ahmad-maslan-minyak

KUALA LUMPUR: Kerajaan menafikan akan menurunkan subsidi harga petrol RON95 sebanyak 10 sen yang boleh menyebabkan harga bahan bakar itu meningkat kepada RM2.20 seliter mulai tengah malam ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, harga petrol bersubsidi tersebut masih kekal RM2.10.

"Saya ingin nafi ada penurunan subsidi RON95 sebanyak 10 sen pada malam ini. Oleh itu RON95 bersubsidi masih rm2.10 seliter.

"Harga sebenar 2.73," katanya di laman twitter miliknya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas khabar angin bahawa harga petrol RON95 akan naik kali kedua malam ini.

Sementara itu, pakar ekonomi seorang pakar ekonomi dengan Alliance Research, Manokaran Mottain turut menjangkakan tiada sebarang kenaikan harga bahan api dalam tempoh terdekat ini kerana pelarasannya baru sahaja dibuat.

"Rakyat masih lagi tengah dalam usaha menerimanya (kenaikan harga bahan api)," kata Manokaran, yang juga Pengarah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN)kepada Bernama semasa ditanya tentang lebih banyak lagi pengurangan subsidi dalam tempoh terdekat ini.

Beliau juga berkata Jawatankuasa Dasar Fiskal, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hanya akan bermesyuarat setiap enam bulan. "Sebarang rasionalisasi subsidi hanya akan diputuskan apabila ia benar-benar perlu," katanya.
 
Spekulasi mengenai kenaikan lagi harga bahan api tersebar luas dalam media sosial sejak beberapa hari lalu yang menyatakan bahawa kerajaan akan mengurangkan lebih banyak subsidi terutamanya bagi bahan api yang akan membawa kepada kenaikan harga petrol RON95 dan diesel.

Rakaman skrin laman web Bernama 'seolah-olah' pengumuman tentang kenaikan harga itu disebarkan menerusi media sosial hari ini.

Ia sebenarnya pengumuman rasionalisasi subsidi pada 2 Sept lepas yang menyaksikan harga petrol RON95 dan diesel dinaikkan sebanyak 20 sen pada tengah malam Selasa (3 Sept).

Rakaman skrin itu malahan telah mengubah tarikh kepada 'tengah malam Isnin' dan disebarkan kepada orang ramai.

Susulan rasionalisasi baru-baru ini, kerajaan dapat menjimatkan kira-kira RM1.1 bilion tahun ini.Kerajaan memperuntukkan RM24.8 bilion bagi subsidi bahan api tahun ini.

Friday, 27 September 2013

RON95 naik lagi?



Bukan menaikan harga tapi kurangkan subsidi yang telah diberikan selama ini. Nampak gayanya tiada bezanya pun kurang subsidi atau naikan harga minyak.

Orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara.

MKP mendapat berita yang kurang pasti menyatakan harga RON-95 bakal dikurangkan subsidi pada tengah malam isnin. Apa pun kita tunggu kesahihan berita ini. Kalau naik sudah pasti ini adalah langkah yang kurang populis yang telah diambil serta menaikan darah setiap rakyat Malaysia.

Dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80.
   
Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.
   
PDAM baru-baru ini mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc.