Saturday, 28 September 2013

Harga Minyak RON95 Kekal RM2.10

ahmad-maslan-minyak

KUALA LUMPUR: Kerajaan menafikan akan menurunkan subsidi harga petrol RON95 sebanyak 10 sen yang boleh menyebabkan harga bahan bakar itu meningkat kepada RM2.20 seliter mulai tengah malam ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, harga petrol bersubsidi tersebut masih kekal RM2.10.

"Saya ingin nafi ada penurunan subsidi RON95 sebanyak 10 sen pada malam ini. Oleh itu RON95 bersubsidi masih rm2.10 seliter.

"Harga sebenar 2.73," katanya di laman twitter miliknya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas khabar angin bahawa harga petrol RON95 akan naik kali kedua malam ini.

Sementara itu, pakar ekonomi seorang pakar ekonomi dengan Alliance Research, Manokaran Mottain turut menjangkakan tiada sebarang kenaikan harga bahan api dalam tempoh terdekat ini kerana pelarasannya baru sahaja dibuat.

"Rakyat masih lagi tengah dalam usaha menerimanya (kenaikan harga bahan api)," kata Manokaran, yang juga Pengarah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN)kepada Bernama semasa ditanya tentang lebih banyak lagi pengurangan subsidi dalam tempoh terdekat ini.

Beliau juga berkata Jawatankuasa Dasar Fiskal, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hanya akan bermesyuarat setiap enam bulan. "Sebarang rasionalisasi subsidi hanya akan diputuskan apabila ia benar-benar perlu," katanya.
 
Spekulasi mengenai kenaikan lagi harga bahan api tersebar luas dalam media sosial sejak beberapa hari lalu yang menyatakan bahawa kerajaan akan mengurangkan lebih banyak subsidi terutamanya bagi bahan api yang akan membawa kepada kenaikan harga petrol RON95 dan diesel.

Rakaman skrin laman web Bernama 'seolah-olah' pengumuman tentang kenaikan harga itu disebarkan menerusi media sosial hari ini.

Ia sebenarnya pengumuman rasionalisasi subsidi pada 2 Sept lepas yang menyaksikan harga petrol RON95 dan diesel dinaikkan sebanyak 20 sen pada tengah malam Selasa (3 Sept).

Rakaman skrin itu malahan telah mengubah tarikh kepada 'tengah malam Isnin' dan disebarkan kepada orang ramai.

Susulan rasionalisasi baru-baru ini, kerajaan dapat menjimatkan kira-kira RM1.1 bilion tahun ini.Kerajaan memperuntukkan RM24.8 bilion bagi subsidi bahan api tahun ini.

Friday, 27 September 2013

RON95 naik lagi?



Bukan menaikan harga tapi kurangkan subsidi yang telah diberikan selama ini. Nampak gayanya tiada bezanya pun kurang subsidi atau naikan harga minyak.

Orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara.

MKP mendapat berita yang kurang pasti menyatakan harga RON-95 bakal dikurangkan subsidi pada tengah malam isnin. Apa pun kita tunggu kesahihan berita ini. Kalau naik sudah pasti ini adalah langkah yang kurang populis yang telah diambil serta menaikan darah setiap rakyat Malaysia.

Dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80.
   
Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.
   
PDAM baru-baru ini mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc.

Gempar, 70 pelajar diserang histeria

hiss
KUANTAN – Sesi pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Sera gempar apabila sekurang-kurangnya 70 pelajar diserang histeria, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang, pelajar lelaki dan perempuan yang terkena gangguan itu, meracau-racau dan lari bertempiaran di sekeliling bangunan sekolah sehingga menyukarkan para guru menenteramkan mereka.
Seorang bapa, Saifullizan Abdullah, 38, memberitahu, kejadian histeria itu sudah berlarutan agak lama dan lebih merisaukan dua anaknya, Emy Syazana, 16, dan Norsyafikah,  13, turut mengalaminya.
Menurutnya, kejadian histeria itu juga sudah berlaku berulang kali malah mengganggu pelajaran dua anaknya itu.
“Sejak kejadian tersebut, sikap kedua-dua anak saya berubah apabila menjadi kuat tidur dan lemah.
“Ketika dirasuk di sekolah, ada sesetengah pelajar didapati  tidak sedarkan diri dan ada mendakwa mendengar bisikan  yang menyuruh mereka terjun dari bangunan sekolah,” katanya.
Saifullizan berkata, paling membimbangkan apabila kejadian pelajar terjun dari bangunan sekolah pernah berlaku dua kali di lokasi yang  sama dan salah seorang daripada mangsa maut  pada Mei lalu manakala kejadian terbaru pada bulan lalu.
“Saya risau kejadian buruk ini akan mengganggu dua anak saya atau pelajar lain.
“Justeru, saya amat berharap tindakan segera dapat diambil bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya.
Seorang pelajar yang enggan dikenali pula berkata, semasa kejadian, pihak sekolah mengambil inisiatif melaungkan azan bagi meredakan keadaan. Bagaimanapun, situasi menjadi lebih buruk  apabila para pelajar terbabit dikatakan semakin agresif dan marah apabila mendengarnya.
“Sekolah ini menjadi huru-hara apabila pelajar yang  diserang histeria berlari bertempiaran di sekitar sekolah.
“Keadaan menjadi kecoh apabila guru sukar untuk mengawal dan menangkap mereka untuk dibawa ke makmal komputer bagi diberikan rawatan,” katanya.
Katanya lagi, situasi itu bagaimanapun kembali tenang  apabila pihak sekolah memanggil seorang ustaz untuk memulihkan pelajar terlibat, menurut sumber Sinar Harian.
“Saya tengok kakak saya yang turut terkena histeria  terbaring dan kemudiannya sedar kembali selepas ustaz  memulihkan mereka,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Pelajaran Pahang, Rosdi Ismail  ketika dihubungi berkata, beliau masih menunggu laporan  mengenai kejadian tersebut dan akan menjalankan siasatan lanjut.
“Kita akan siasat kejadian ini selepas menerima laporan daripada pihak sekolah,” katanya.

Mahkamah benar DAP teruskan pemilihan CEC




DAP boleh meneruskan kongres khas dan mengadakan pemilihan ahli jawatankuasa pusat (CEC) pada 29 September ini apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan parti itu menolak injunksi bagi menghalangnya.

Hakim Datuk Rosnaini Saub menerima permohonan Karpal Singh yang mewakili DAP bagi menolak injuksi yang difailkan timbalan pengerusi DAP cawangan Ladang Paroi, David Dass Aseerpatham terhadap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Turut hadir di galeri awam sewaktu keputusan dibacakan adalah pemimpin popular DAP Lim Guan Eng, MP Segambut Lim Lip Eng, MP Seremban dan MP Seputeh, Teresa Kok.

Fuyoo....Isteri Mat Yo mohon maaf babe!!!


Siti Aisya memohon maaf penyebaran rakaman video pergaduhan dengan pengawal keselamatan tersebar luas sejak Selasa lalu.


Siti Aisya nafi sebar video, mohon orang ramai henti cemuh suami

Kuala Lumpur: "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu.
“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?
Dua individu miliki video
“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.
Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku.
“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan.
“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.
Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.
Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.
Tak terlintas saman
Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.
Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.-BH

Nazri jawab isu anak dituduh beli rumah RM 7 juta!!!



Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz sekali lagi menepis tuduhan yang mendakwa anaknya memiliki harta di luar kemampuan.

Kali ini, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengeluarkan kenyataan dengan bukti dokumen kononnya Mohamed Nedim Abdul Aziz membeli sebuah banglo berharga RM7.2 juta.

“Dia boleh beli istana, bukan masalah saya,” kata Nazri kepada wartawan apabila ditanya di lobi Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, beliau kelihatan seperti terpinga-pinga mengenai tuduhan terbaru itu.
Pada mulanya Nazri seolah-olah terkejut dan bertanya: “Rumah apa?”

SAMM menerusi ketua penyelarasnya, Badrul Hisham Shahrin hari ini meminta Nazri menjelaskan bagaimana anaknya mampu memiliki hartanah mewah itu.

"Ini bukan tuduhan tetapi sebagai seorang Menteri sudah tentu rakyat berhak bertanya kepada Nazri mengenai banglo anaknya ini.

"Bagaimana anaknya dapat membeli banglo ini? Adakah dia layak?” katanya melalui kenyataan media.

Badrul juga tidak menolak kemungkinan wujudnya dakwaan itu berkait rapat dengan pemilihan Umno yang bakal berlangsung Oktober nanti.

Ini bukan kali pertama Nedim mendapat perhatian media.

Baru-baru ini beberapa pemblog mempersoalkan keputusan Nazri melantik Nedim sebagai pegawai di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Bagaimanapun, Nazri menjelaskan Nedim hanya dilantik sebagai pegawai penyelaras di kawasan Parlimennya di Padang Rengas dan tidak dibayar gaji oleh kerajaan.

Tahun lalu pula, Nedim didakwa memiliki sebuah kereta mewah sumbangan ahli perniagaan kontroversi Michael Chia.

Bagaimanapun, Nazri menepis tuduhan itu dengan menyatakan beliau tidak “tidur” dengan anaknya.


Thursday, 26 September 2013

KETUA POLIS PULAU PINANG TIDAK GENTAR SMS UGUTAN BUNUH



GEORGETOWN - Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi mencabar individu yang menghantar SMS berbaur ugutan kepadanya pada Isnin lalu, untuk bersemuka. 

Abdul Rahim berkata, beliau tidak gentar dengan SMS yang diterima dan perkara itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus memerangi jenayah di negeri ini sekali gus menjalankan tugas dengan lebih tegas.

"Saya nasihatkan kepada penghantar mesej (ugutan) itu, jangan ingat dia terlepas daripada tindakan pihak polis. 

"Tak payahlah ugut-ugut hantar SMS, beritahu saja...telefon mana mahu jumpa, saya akan pergi. 

"Kalau dah berani sangat, beritahu tempat, tunggu saya...saya akan pergi," katanya selepas majlis makan malam sempena Kejohanan Bola Jaring Piala Ketua Polis Negara 2013, di sini, malam ini.

Beliau menerima lebih tiga SMS ugutan pada Isnin dan sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini pukul 9 malam semalam.

Antara kandungan SMS berkenaan ialah `Hello kepala Penang mau kasi ingat U sudah ambil saya punya kawan lima orang, U jangan ingat U The Best". 

Selain itu, pengirim SMS turut mengugut untuk `mengambil' Abdul Rahim atau rakannya, jika tidak berjaya `mengambil' Abdul Rahim.

Kesemua SMS diterima daripada nombor yang sama bermula 9 pagi ketika Abdul Rahim berada di pejabatnya.

Abdul Rahim berkata, sebagai pegawai polis, beliau sudah biasa dengan SMS berbaur ugutan dan tidak kisah dengan perkara itu kerana apa yang penting ialah menjalankan tugasnya dalam memastikan keamanan serta keselamatan masyarakat.

"Saya langsung tak takut, bimbang dan sebagainya. Kalau saya sebagai Ketua Polis Negeri takut, bagaimana masyarakat? Kalau tunjuk muka takut, masam, bagaimana saya nak kekalkan keamanan. Apa yang saya nak takut. Saya akan lebih tegas lagi dalam perkara ini," katanya.

Abdul Rahim berkata, beliau mengarahkan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah negeri menyiasat perkara itu mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan. 

Beliau turut mengesahkan timbalannya, Datuk A Thaiveegan yang baru bertugas minggu lalu, juga menerima SMS berbaur ugutan dan siasatan berhubung perkara itu sedang dijalankan.