Jika semalam kita ada baca petikan daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam PKR ni yang jelas cuba bermain dengan sentimen perkauman.
Apa yang kita dapat perhatikan, kenyataan Peguam PKR tu jelas cuba membangkitkan kemarahan kaum India dan menghasut mereka membenci Kerajaan.
Selain itu, kenyataan Peguam PKR tu hanya untuk memburuk - burukkan anggota Keselamatan Negara, terutama Polis DiRaja Malaysia.
Jika dilihat dari keadaan semasa, memang itu niat dan tujuan puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Mereka cuba nak dapatkan semula sokongan orang India.
Kalau sebelum ini, ada jugak sokongan dari kaum Hindraf. Tapi diorang jugak yang melacurkan puak - puak tu dan menolak tuntutan yang mereka sebelum ini.
Maka, tidak mustahil pada ketika ini puak - puak PKR ni mula mendahagakan semula sokongan dari kaum India dan cuba menghasut mereka dengan cara ini.
Ada juga dikalangan rakyat Malaysia yang berpendapat bahawa tindakan Peguam PKR ni hanya untuk kepentingan diri dia sendiri.
Selain daripada mencari sokongan dari kaum India, Peguam PKR ni jugak ada agenda dia yang tersembunyi. Apa yang dia buat setakat nak jaga periuk nasi dia je.
Dah nama pun peguam. Jadi, apa lagi kerja yang mampu dia buat selain daripada melepaskan penjenayah yang ditangkap dan didakwa dalam mahkamah?
Dah memang itu pun kerja dia sebagai seorang peguam. Walaupun penjenayah tu didapati bersalah berdasarkan bukti yang ada, dia tetap juga akan memperjuangkan sebaliknya.
Waima penjenayah tu ditangkap ketika melakukan jenayah, Si Peguam PKR ni tetap jugak akan bertahan dan menyatakan bahawa penjenayah tu tak bersalah.
Dengan hanya berbekalkan air liur serta hujah yang mampu memutar belitkan keadilan, tak mustahil jika penjenayah itu boleh dilepaskan dari sebarang tuduhan.
Jadi, tak heran la kalau Si Peguam PKR ni mati - matian akan terus memperjuangkan penjenayah yang semakin berleluasa di Malaysia pada hari ini. Kalau Negara dah tak de penjenayah, macam mana dia nak cari makan!!!
No comments:
Post a Comment