Thursday, 1 August 2013

Ayuh Tun, teruskan perjuangan . . . kami dibelakang!!!



Tidak ada pemimpin yang  lebih berani selain Dr.Mahathir bila bercakap tentang sikap rasis DAP dan juga usaha DAP nak memerintah Malaysia. Ini sangat-sangat dibimbangi Dap kerana kata-kata Dr.Mahatahir tak boleh disekat dengan apa cara sekalipun dan lazimnya rakyat  lebih mempercayainya. Bukan itu saja rakyat lebih percaya pada Dr.Mahathir dari Anwar Ibrahim ataupun Nik Aziz dan Kit Siang kerana mereka sedar Dr.Mahathir berjuang untuk rakyat berbanding pembangkang yang mengutamakan kroni,neopotisme dan rasuah politik.  Kerana bimbang dengan pengaruh Dr.Mahathir  awal-awal lagi kita dengar para pemimpin Dap seper;ti LimKit Siang dan LimGuanEng serta Karpal Singh sering menuding jari menuduh Dr.Mahathir rasis. Mereka juga mengugut menyeret Dr.Mahathir ke mahkamah jika terus membuat dakwaan begini. Soalnya Rasiskah Dr.Mahathir jika ia bercakap tentang reality politik di negara ini serta pada masa sama memperjuangkan nasib bangsanya iaitu bangsa Melayu?

Cuba kita imbas kembali perjuantgan UMNO dan orang Melayu di negara ini sejenak. Sebagai pra syarat diberikan kemerdekaan, British mahu amalan kongsi kuasa dibuat sesame kaum—Melayuu, Cina dan India-- tapi orang Melayu harus diberi keistimewaan dipelbagai perkara dan bidang. Hak istimewa Melayu dan Raja-raja serta agama lslam dan bahasa Melayu dijamin melalui undang-undang. Maknanya orang bukan Melayu diterima sebagai warganegara asal saja mereka ikut perlembagaan dan tidak sekali-kali menderhaka. MCA dan MIC sebagai rakan UMNO dalam Perikatan dan dalam kerajaan memberi sokongan pada perjuangan UMNO dalam konteks mengisi kemerdekaan. Tapi Dap yang berasal dari Singapura setelah PAP diharamkan setelah Singapura disepak dari persekutuan Tanah Melayu (Malaysia) pada tahun1965 tidak berpuas hati. Perjuangan PAP yang rasis dulu dihidupkan  melalui DAP sehingga pada tahun1969, berlaku perbalahan kaum. Insiden 13 Mei adalah dicetuskan puak Dap yang lantang memperagakan semangat perkauman sebaik “menang pilihanraya di Selangor”.

 Nasib  menyebelahi Periktsan yang mengekalkan kuasa di Selangor walaupun berlaku kedudukan terikat antara pembangkang dengan Periktan. BAgi Tun Razak, yang dilantik menjadi PM menggantikan Tunku, poliltik perkauman harus dimatikan. Justgeru Allahyarham mengajak parti2 politik bekerjasama melalui penubuhan Barisan Nasoinal. Dap masih menyalak kerana membantah politik BN yang dilihat hampir “mematikan perjuangannya”. Dap yang diasaskan dengan perjuangan mengutamakan bangsa Cina dalam semua aspek, sepe;rti perjuangan yang dimulakan  PAP Singapura., mencari helah baru. Ia berjaya menghasut kaum Cina di Malaysia berkonfrontasi ddengan bangsa Melayu. Penentantan Dap terhadap DEB contoh betapa parti itu tidak mahu melihat Melayu berjaya dalam bidang perniagaan dan ekonomi justeru usaha menggagalkan pemilikian 30 peratus Melayu dalam aspek ini dihalang dengan pelbagai kritikan. SEtiap dasar kerajaan dalam usaha membantu  Melayu melalui affirmative action didakwa menguntungkan kroni dan mewujudkan jutawan UMNO,bukanya jutawan Melayu. Dipendekkan cerita, bangsa Melayu gagal memperoleh 30peratus ekuiti ekonomi walau disediakan tongkat oleh kerajaan sejak 1970 lagi. Dap juga bermati-matian mahu sekolah cina dipertahankan. Tiap kali usaha menubuhkan sekolah kebangsaan berteraskan kebangsaan Malaysia, Dap membantah danm mendakwa UMNO nak menghapuskan pendidikan Cina. Mereka lupa hanya di Malaysaia sekolah Cina dibenarkan wujud.

 Di singapurak,walaupun PAP, berkuasa, sekolah venakular atau jenis kebangsaan Cina tidak wujud. Dap tentu gembira perjuangan mereka berjaya mengeembeling sokongan masyarakat Cina sehingga MCA yang memperjuangkan bangsa Cina ditolak oleh kaum berkenaan. Dan Dap juga bukannya setakat mahu menyekat orang Melayu dalam dunia bjusines,parti itu mahu mengambil alih teraju kuasa. Tembelang ini terdedah kepengetahuan umum termasuk pendedahan yang dibuat Dr.Mahathir/. Dalam PRU12, Dap menguasai Pulau Pinang danLimGuanEng, anak LimKit Siang,orang Melaka dilantik jadi KM. Apakah keistimewaan Cina Melaka  sehingga diberi kepercayaan memerintah Pulau Pinang  mengikut telunjuknya sedangkan ramai tokoh tempatan layak dan berkemampuan serta jauh lebih baik dari Guan Eng yang nyata cauvnis. Dap dan Guan Eng menolak semangat kongsi kuasa dengan dua par;ti pembangkang-Pas dan PKR. Perbalahan kerusi serta rebutan kuasa menyebabkan PKR dan PAS di pulau itu tidak puas hati. Perkongsian kuasa nyata sekadar satu retorik sedangkan realitinya PAS dan PKR tak dapat apa-apa.

Mereka macamlah penumpang kelas kedua berbanding Dap dan Guan Eng diperingkat pembuat dasar.  Tapi Dap dan Guan Eng tak peduli kerana mereka merupakan majoirti di DUN pulau pinang. Dalam pru13, Dap sekali lagi,dengan disokong pengundi Cina, menguasai PP. Kuasa milik Dap sekali lagi dimonopoli parti dan Guan Eng dengan langsung tidak memberi muka pada dua regunya.

Justeru bagi Dr.Mahathir, apa yang diperjuangkan Dap semata-mata mahu memonopoli kuasa, bukanya berkongsi kuasa seperti mereka dakwa.  Pendedahan Dr.Mahathir membimbangkan Dap dan bapa Guan Eng, iaitu Kitg Siang. Kerana rakyat memperdcayainya, melalui media pro mereka,Dr.Mahathir dituduh rasis. Malangnya PAS yang terkial2 di PP juga bersetuju dengan tuduhan DAP dan mendakwa Dr.Mahathir cuba mencetuskan perbalahan kaum. Inilah otak budak2 Pas yang terlupa kuasa mereka di PP sekadar kuasa di bidang agama.Itupun terhad kerana seper;ti dalam isu kalimah kAllah, Pas ditipu hidup2 konon pembangkang bersetuju dengan Dap iaitu kalimah Allah boleh digunakan oleh non muslim seper;ti di Indones9ia.. Menyedari mereka terpedaya, pucuk pimpinan Pas berdolak dalik—depan Dap mereka sokong,dibelakang mereKka membantah.Inilah Pas,cakap tak serupa bikin.

Sedang pendapat Dr.Mahathir berjaya membuka minda bangsa Melayu, Karpal Singah, seorang peguam yang kini menghabiskan hidup diatas kerusi roda,cuba mencabar Dr.Mahathir. Dia pernah mengugut untuk mengambil tindakan mahkamah jika Dr.Mahahtir terus berterusan mendakwa Dap dan Kit Siang rasis.: Kenytaaannya itu boleh ditafsirkan sebagai menunjukkan dia  sayangkan Kit Siang lebih dari semangat demokrasi itu sendiri. Dengan memperjuangkan nasib Kit Siang dan Guan Eng karpal sepe;rti membeli insurance—membeli jiwa Kit Siang.Habuannya tentu lumayan.  Bukankah anak2 Karpal ikut jejak Kit Siang dan anak-anaknya  bertanding dan menjadi orang penting dalam kerajaan di PP serta mmenjadi ahli parlimen? Inilah upah untuk menjaga kepentingan Kit Siang walaupun terpaksa mengadai prinsip perundangan dan idealisme politik.

Baru2 ini Dr.Mahathir sekali lagi membuat Dap dan Kit siang kecut perut. Seperti dipetik sebuah portal pembangkang Dr.Mahathir membidas Dap sekali lagi dengan mendakwa Dap bukanya nak berkongsi kuasa tapi mahu berkuasa.

 Menurut portal berita itu lagi:”Kini telah menjadi "dilema Cina . . ..Selama lebih setengah abad kemerdekaan, orang Cina telah berkongsi kekayaan dan kuasa dengan orang Melayu.” Dr.Mahathir berkata idea ke arah menjadikan Malaysia seperti Singapura nampaknya seolah-olah begitu memikat dan Pulau Pinang telah menunjukkan jalannya.” "Dilema bagi orang Cina adalah sama ada untuk merebut kuasa politik sambil  mendominasi kuasa ekonomi atau berpegang kepada prinsip perkongsian, yang telah menjadikan negara ini seperti hari ini."Inilah dilema kaum Cina," kata Dr Mahathir satu kolum dalam akhbarNew Straits Times hari ini.




 Menurut Dr.MaHATHIR kaum Cina yang terpikat dengan aspirasi DAP untuk membuat menjadi Malaysia seperti Singapura dengan orang Cina memegang tampuk kuasa ekonomi dan politik, telah melemahkan dengan ketara MCA, rakan kaum Cina dalam parti pemerintah, dan membuat perkongsian kuasa tidak dapat dipertahankan.


Mantan PM itu mendakwa  masyarakat Cina sudahpun menguasai ekonomi, daripada pelbagai kepentingan perniagaan kepada kolej dan universiti mereka sendiri.
"Apa pun, 'kongsi' kerajaan telah memberi manfaat yang  amat besar kepada Malaysoa. Ia telah membawa keamanan dan kestabilan, tanpanya, pertumbuhan dan pembangunan ekonomi tidak akan mungkin berlaku.
"Ia tidak masuk akal untuk mana-mana kaum, Cina atau Melayu, untuk mengambil segala-galanya untuk diri mereka sendiri, untuk menguasai ekonomi serta politik Malaysia," katanya.



Saya anjurkan kita baca tulisan Dr.Mahathir dalam NST supaya kita tidak jumud macam puak2 PAS yang asyik menyalah Dr.Mahathir dalam isu yang ditperjuangkannya. Dalam konteks ini saya teringat jawapan Dr Mahathir bahawa  dia tidak takut dengan gertakan saman daripada Karpal Singh supaya menarik balik tuduhan terhadap Kit Siang.Kita tentu ingat Dr.Mahathir menuduh Kitg Siang seorang rasis, malah terus mengulangi tuduhan tersebut sampai tiga kali. Jika Karpal nak saman, Dr.Mahathir cabar agar peguam itu teruskan niatnya.“Malam ini pun saya nak sebut dengan suara yang selantang mungkin..bahawa Kit Siang adalah seorang rasis…Kit Siang adalah seorang rasis…Kit Siang adalah seorang pelampau perkauman.”katanya dalam ceramah di Seksyen 6, Shah Alam, 1 Mei.

 Sayang Dr.Mahathir dilihat sendirian dalam memperjuangkan nasib bangsa manakala tokoh Melayu dalam UMNO, parti yang pernah dipimpinnya,sekadar menyorok disebalik jawatan masing-masing. Jika trend ini berterusan, bukan saja kelantangan Dr.Mahathir tidak disokong bangsanya, mantan PM itu akan dilihat “pemimpin lone ranger” yang gagal mendapat sokongan UMNO . Bagaimanapun dengan sokongan dari NGO serta akar umbi Melayu, suara Dr.Mahathir akan terus bergema disetiap sudut  sebatgai tanda perjuangan Dr.Mahathir dalam memperjuangkan nasib bangsa dan pasda masa sama mendedahkan rasis Dap, masih belum selesai sepenuhnya dan akan diteruskan oleh jenerasi sekarang dan akan datang.

No comments:

Post a Comment