Monday, 12 August 2013

Mayat warga India reput ditemui dalam semak!!!



KUALA LUMPUR 12 Ogos - Seorang buruh binaan yang ingin membuang air di sebuah kawasan belukar terkejut selepas menemui mayat reput berhampiran Jalan Puteri 2/4, Bandar Puteri Puchong dekat sini malam tadi.
Mayat R. Shanmuglsundaram, 49, yang merupakan warga India ditemui pada pukul 7 malam dalam keadaan meniarap, tidak berbaju serta berseluar panjang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Supritendan Lam Chien Fei berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah pada mayat mangsa dan tiada senjata ditemui di lokasi kejadian.
"Berdasarkan pemeriksaan Unit Forensik, mangsa dipercayai telah mati sejak empat atau lima hari lalu dengan bahagian kepalanya sudah mula mereput," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Chien Fei, pihaknya kini membuat siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
"Mayat kini dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut sehingga pihak hospital mengeluarkan laporan bedah siasat," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment