Sebenarnya, Lim Guan Eng amat takut akan filem patriotik ini. Dakwaannya bahawa filem ini sebagai naskah perkauman yang mahu mencetuskan kebencian menggunakan fakta palsu dan kejadian yang direka cipta hanyalah satu bentuk fitnah melulu oleh beliau mewakili ayahnya sendiri, Lim Kit Siang terhadap karya sutradara tersohor tanah air, Shuhaimi Baba ini.
Apahal Cina ultra-kiasu DAP ni takut sangat? Seperti mana yang aku ulas sebelum ini, filem ini langsung tidak menyentuh aspek perkauman sebaliknya menceritakan kembali perih jerih dan pahit getir pemimpin-pemimpin terdahulu membina tanah air kita. Babak yang ditakuti oleh Kit Siang dan Guan Eng pada aku, tak sampai 5% daripada keseluruhan filem ini. Itupun dicorakkan dengan berhati-hati oleh Shuhaimi Baba.
Bagi aku mudah saja, ketakutan Kit Siang dan Guan Eng itu adalah manifestasi kebenaran fakta yang disampaikan berkenaan tragedi 13 Mei 1969, bukannya seperti yang didakwa oleh mereka sebagai rekayasa pengarah. Dan aku percaya Guan Eng dan ayahnya sendiri belum pernah menonton filem ini.
Jadi bagaimana nak ajar dua beranak Cina ultra-kiasu ini? Aku fikir mudah saja. Hantar salinan filem ini terus ke ibu pejabat DAP dan biarkan mereka tonton sendiri!! -Tok Guru.
No comments:
Post a Comment