Tahniah pada Tengku Zaihan kerana terpilih sebagai wakil rakyat bagi DUN Kuala Besut. Kemenangan Zaihan menaikkan moral UMNO dan BN di Terengganu kerana selepas PRUke13, DUN Terengganu goyang. BN menang 17 kerusi DUN berbanding 15,PAS. Dengan kematian calon BN di DUN Kuala Besut, PAS mahukan pengundi memilih calonnya bagi mengimbangi pengaruh UMNO 16-16.
Jika calon PAS menang bererti situasi politik di Besut dan Terengganu bertambah parah dan tak stabil. Bagaimanapun pengundi di situ bijak kerana mengekalkan BN dengan majoriti bertambah.Semua Semua PDM dimenangi BN termasuk di BukitPuteri.Dalam PRU ke13 lalu, BNtewas 90 undi, kini BN menebus semula denganmemperoleh 966 undi berbanding PAS,947.
Kepada Zaihan, budak muda yang diamanahkan memikul tanggung jawab yang besar sebatgai wakil rakyat, kerjalah dengan baik.Imej sederhana,pekerti mulia yang dipamer sepanjang berkempen adalah pemikat.Jangan ubah kerana resepi ini ternyata membawa kemenangan besar.
Kepada pengundi di kuala besut, tahniah dan syabas, kerana anda berjaya membuktikan BNdanUMNO masih releven manakala menolak calon PAS bererti menolak politik kotor serta politik samseng PASdan Pakatan Rakyat. Moga ini menjadi pengajaran pada PAS yang mengutamakan DAP dan Anwar Ibrahim dari ustaz2 yang memperjuangkan lslam yang syumul.
No comments:
Post a Comment