BUTTERWORTH – Dua remaja yang dipercayai ahli sebuah kumpulan
gengster menjadi mangsa serangan ala mafia apabila salah seorangnya mati
ditembak ketika sedang melepak di tempat kegemaran mereka di bawah
jejambat di Kampung Ujong Batu, Bagan Dalam di sini kelmarin.
Kejadian pukul 10 malam itu mengakibatkan M. Ravindran, 19, dari Flat Pantai Bersih di sini mati ketika mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) selepas terkena tiga das tembakan di kepala dan rusuk kiri.
Rakannya, S. Leenesh, 18, dari Kampung Ujong Batu pula parah selepas terkena satu das tembakan di rusuk kanan. Dia dirawat di hospital sama.
Kejadian berlaku apabila mangsa yang leka berbual didatangi dua lelaki bermotosikal memakai topi keledar sebelum pemboncengnya melepaskan enam das tembakan secara rambang dari jarak 20 meter.
Dua penyerang itu disyaki anggota kumpulan gengster lain.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul
Rahman Ibrahim berkata, siasatan mendapati empat daripada peluru itu
mengenai kedua- dua mangsa.
Kosmo
No comments:
Post a Comment