Saturday, 27 July 2013

BAM...bam..bam...



 Nasib BAM atau Persatuan Badminton Malaysia terumbang ambing sejak yang kita ingat. Dulu persatuan ini diterajui orang politik kemudian tugas mengemudinya diambil alih atau diserah pula kepada orang korporat. Konon orang korporat lebih berkemampuan dari orang politik. Kita tentu ingat masa datuk dr.fadzil che wan, bekas timbalan menteri mengetuai BAM. Dia orang politik dan dilihat seorang tokoh berkemampuan membawa imej badminton Malaysia kepersara antarabangsa.

 Sejak diambil alih oleh tokoh korporat, BAM macam lesu.Kalau bukan kerana Lee Chong Wei,jaguh  badminton serta world no.1, nasib badminton malaysia macam juga bolasepak. Sayang, dulu badminton dan bolasepak,sukan menaikkan nama dan imej negara,kini kita terkial2 untuk mengekalkan prestasi kecemerlangan itu. Sabtu ini BAM akan adakan pemilihan bagi jawatan termasuk Presiden. Ia kosong kerana presiden lama, mengundur diri memberi laluan pd tokoh lain ambil alih. Mulanya Datuk Mohamad AlAmin Majid, tokoh dari Perak, bekas orang politik dan kini tokoh korporat diminta menjadi presiden. dia tak mahu tapi kerana tidak ada orang,dia jadi pak sanggup.

 Kemudian terbaru muncul nama Tengku Mahaleel,bekas CEO Proton yang kini presiden persatuan badminton negeri kelantan, nak menawarkan diri. Dengarnya AlAmin akan memberi laluan pada Mahaleel. Kita nak tengok sama ada BAM akan lebih cemerlang ataupun sama saja. Kita doakan yang terbaik. Justeru tak timbul sama ada tokoh dari bidang politik  atau korporat dilihat berkemampuan, sesiapapun layak jika ia diberi peluang. Mengapa tak tawarkan saja peluang sama  pada datu kmisbun sidek, dia lebih faham soal badminton dari orang-orangyang berminat menjadi presiden BAM.

No comments:

Post a Comment