Monday, 22 July 2013

Cikgu Nor Tidak Bersalah...



 kita ucap takziah pada keluarga Nor Zatusy Hazwa Rahim,32 tahun kerana kematian anaknya baru-baru ini. la gara2 kealpaannya yang meningalkan anaknya,Nawal Iris Samsudin,3tahun dalam kereta perodua myvi. kalau kita baca akhbar, komen negatif kedengaran. Menteri bertanggungjawab jaga hal ehwal wanitapun lantang membayangkan ibu berkenaan, juga merupakan seorang guru atau pendidik, boleh dihadap kemahkamah kerana kecuaian. inilah kata orang melayu,sudah jatuh ditimpa tangga.

  kepada kita,isu ini adalah isu kecil yang bukan ditangani sehingga nak dihadap cikgu berkenaan kemahkamah. kes2 begini banyak.maksudnya kes kecuaian. tapi mengapa kes seperti cikgu kita ni yang masih muda dan baru berkeluarga nak dijadikan isu panas dan besar.kematian adalah suatu yang menyedihkan terutama keluarga yang mengalami seperti cikgu Nor. Perlukah kita risaukan dia dengan kenyataan nakdihadapkan kemahkamah.
jika kita lihat, ibubapa yang  anak (kerana merempit dan dibawah 18tahun) terkorban dijalanraya boleh dihadap ke mahkamah kerana tidak menjaga anak sehingga menyebabkan kematian.

  kes begini dibiarkan?mengapa?kita lihat anak bunuh diri?bukankah ia salah ibubapa?
banyak kes2 kategori begini yang dianggap "kecuaian"boleh kita bahwa ibubapa mangsa kemuka pengadilan. Soalnya perlukah?kita kini dibanjiri masalah jenayah yang dilakukan pendatang haram,kes pecah rumah,pembunuhan,dadah, pemerdagangan manusia untuk seks dan sebagainya.kes2 begini lebih penting dan perlu diselesaikan seberapa segera daripada menakut2kan cikgu Nor dengan isu kecuaian ini.

No comments:

Post a Comment