Daulat Tuanku . . . .belum dua minggu kita memasuki bulan Ramadhan,kita dah melihat keaktifan Pemangku Raja Perak berbuka puasa disetiap daerah dengan rakyat jelata. kawasan yang baginda pilih bukan di kawasan bandar seperti Ipoh,tapi meliputi daerah jauh dari ibu negeri. Esok kita dengar tuanku dan rombongan diraja berbuka di masjid jamek rahmaniah KG Kerunai, Gerik. Seperti biasa MB kesayangan rakyat Datuk Seri Dr. Zambry ikut sama.
BERIKUT ADALAH PETIKAN YANG DIPETIK DARI PERAKNEWS:
Ketika membeli juadah berbuka Baginda turut beramah mesra bersama para peniaga di sana sambil melihat- lihat segala jenis makanan yang dijual di bazar tersebut.Roshidi berkata rakyat Ipoh sangat bertuah kerana kesudian Baginda Tuanku untuk sekali lagi tahun ini mencemar duli untuk beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung di Bazar Ramadan Medan Gopeng.
Ini membuktikan Baginda Tuanku sangat prihatin dengan rakyatnya, katanya, sambil menambah kali pertama Baginda Tuanku turun ke bazar Ramadan Medan Gopeng adalah tahun lepas.
" Bazar Ramadhan Medan Gopeng merupakan antara yang terbesar di Ipoh. Ini memberikan rakyat peluang untuk bersua muka dengan Tuanku secara lebih Download picturesdekat lagi,” katanya.Bazar Ramadan di Stadium dan Taman Perpaduan yang mempunyai lebih 140 buah gerai adalah antara yang terbesar selain di Medan Gopeng.
SUMBER
No comments:
Post a Comment