Thursday, 25 July 2013

Kuala Besut Milik BN...

1002309 10151701987497052 1854639657 n


Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut apabila calonnya Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman menang dengan majoriti 2,592 undi mengalahkan calon PAS Endot@Azlan Yusof pada pilihan raya kecil (PRK), Rabu.

Dengan kemenangan itu BN mengukuhkan kembali kedudukannya di Terengganu dengan majoriti mudah 17-15 sebagaimana yang dimenangai pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, sekali gus menafikan hasrat PAS untuk mencipta sejarah kedudukan 16-16 kerusi DUN di negeri itu.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya untuk PRK DUN Kuala Besut, A. Rahim Jusoh ketika mengumumkan keputusan rasmi itu berkata daripada 14,108 atau 80 peratus yang keluar mengundi, sebanyak 8,288 undi diberikan kepada BN dan 5,696 undi kepada PAS manakala undi rosak 125 undi.

Katanya, untuk PRK kali ini 13,188 merupakan pengundi biasa, 911 (pengundi awal) manakala sembilan orang lagi merupakan pengundi pos.

Kemenangan BN itu sekali lagi mengulangi sejarah 34 tahun lepas apabila BN menewaskan PAS pada PRK yang juga berlangsung pada bulan Ramadan.

TERUSKAN

No comments:

Post a Comment