Klinik Dr Zambry, kaunter bergerak yang diwujudkan untuk memudahkan urusan rakyat akan membuka perkhidmatannya di 13 bazar Ramadan sekitar negeri Perak sepanjang bulan Ramadan ini.Operasi yang bermula hari sabtu lalu dengan bazar Ramadan Batu 8, Hulu Kinta sebagai lokasi pertamanya. Rakyat Dataran Lenggong, Bazar Pekan Parit dan Tapah juga akan mendapatkan perkhidmatan Klinik Dr Zambry. Kaunter bergerak ini turut dikendalikan oleh Unit Khidmat Pelanggan, Pejabat Menteri Besar Perak antara lain menerima semua jenis aduan termasuklah berkaitan masalah tanah, perumahan dan perkhidmatan kerajaan dengan sokongan serta kerjasama wakil rakyat di kawasan berkenaan.
Melalui pembukaan Klinik Dr Zambry itu, Orang ramai boleh mengambil kesempatan membuat aduan atau permohonan berkaitan masalah tanah, perumahan dan perkhidmatan kerajaan. Orang ramai agak sukar mendapatkan perkhidmatan di pejabat atau jabatan, jadi dengan kaunter bergerak ini mereka boleh mengutarakan masalah kepada kakitangan bertugas untuk disalurkan kepada jabatan tertentu.

Ini adalah nilai tambah kepada rakyat, mereka boleh membeli juadah pada masa sama mengemukakan masalah masing-masing. Melalui konsep ini, jabatan atau agensi diharapkan dapat menyelesaikan secepat mungkin segala masalah yang dibangkitkan masyarakat. Kebiasaannnya jika orang ramai hendak datang ke pusat khidmat, mereka perlu berpakaian cantik-cantik, tetapi apabila ada kaunter bergerak, mereka tidak perlu berpakaian formal.
Pelaksanaan kaunter berkenaan adalah inisiatif kerajaan negeri yang mahu memberi perkhidmatan kepada rakyat selaras dengan slogan ‘Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir’ diperkenalkan menteri besar sejak 2009. Kaunter bergerak ini akan dibuka sepanjang Ramadan setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad di lokasi terpilih yang dikenal pasti mempunyai pengunjung ramai.

No comments:
Post a Comment